Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan beliau akan menaikkan tarif ke atas kereta import dalam tempoh terdekat bagi merangsang pengeluaran domestik.
Trump mengumumkan agenda berikut semasa menghadiri majlis menandatangani rang undang-undang.
Sebaik sahaja kenyataan itu diumumkan, saham syarikat automotif AS terus merosot, Ford menyusut 1.6% manakala General Motors pula merosot 1.5%.
Tarif kereta yang dikenakan Trump telah menjejaskan industri, dengan GM baru-baru ini menganggarkan pendapatan tahun 2025 berkemungkinan meningkat $5 bilion akibat levi tersebut.
Syarikat kereta AS menyifatkan rundingan dengan pentadbiran Trump sebagai produktif selepas White House mengurangkan tarif alat ganti, meskipun masih berdepan kos duti ke atas kenderaan dari Korea Selatan.
Trump juga mengenakan levi baharu ke atas keluli dan aluminium serta cukai ke atas pelbagai rakan dagangan, sekaligus meningkatkan tekanan terhadap sektor perniagaan.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!