Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyaman Wall Street Journal (WSJ), CEO Robert Thomson dan Rupert Murdoch sebanyak $10 bilion atas dakwaan melaporkan beliau menghantar surat hari lahir berunsur lucah kepada Jeffrey Epstein pada 2003.
Trump turut memfailkan saman fitnah di Mahkamah Persekutuan Miami kepada Murdoch, Dow Jones dan News Corp kerana mendakwa laporan itu menyebabkan beliau mengalami kerugian kewangan.
Jurucakap Dow Jones memaklumkan bahawa pihaknya berasa yakin terhadap laporan berkenaan dan bertekad mempertahankannya terhadap sebarang tuntutan mahkamah.
Tuntutan mahkamah menjelaskan artikel itu tidak menyebut sama ada defenden memiliki salinan surat tersebut dan menyifatkan laporan itu palsu bagi menjejaskan reputasi Trump.
Mahkamah juga menegaskan bahawa Trump perlu membuktikan defenden bertindak dengan ‘niat jahat sebenar’ sama ada mengetahui laporan itu tidak benar atau mengabaikan kebenarannya.
Artikel terbabit melaporkan surat itu mengandungi tandatangan Trump kepada Epstein, ucapan hari lahir, lakaran wanita bogel, serta mesej daripada individu berprofil tinggi lain.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!