Presiden Donald Trump memaklumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif 15% ke atas import dari Korea Selatan untuk meredakan ketegangan dengan rakan dagang utama Asia.
Perjanjian itu diumumkan sejurus selepas Trump bertemu dengan pegawai Korea di White House menjelang tarikh akhir pada 1 Ogos.
Pada tarikh tersebut, Trump juga berjanji akan melaksanakan tarif lebih tinggi ke atas import dari pelbagai negara.
Selanjutnya, import dari Korea Selatan yang merupakan pengeluar utama cip komputer, keluli dan kereta sebelum ini dikenakan tarif setinggi 25%.
Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung menyatakan perjanjian tarif dengan AS akan meletakkan Korea Selatan dalam kedudukan yang lebih baik berbanding negara lain.
Trump turut membahas Korea Selatan telah bersetuju melabur $350 bilion di AS dalam projek pilihan beliau, selain turut akan membeli produk gas asli cecair (LNG) dan sumber tenaga lain bernilai $100 bilion.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!