Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menghentikan berbilion dolar subsidi kepada syarikat Elon Musk iaitu Tesla dan SpaceX.
Menurut laporan Reuters, ancaman itu dibuat semasa Trump mempromosikan rang undang-undang pemotongan cukai dan pengurangan perbelanjaan yang diluluskan oleh Senat pada Selasa.
Rang undang-undang berikut menghapuskan insentif pembelian kenderaan elektrik (EV), termasuk kredit cukai bernilai $7,500 yang selama ini banyak menguntungkan Tesla.
Meskipun Musk menyokong pengurangan subsidi, Tesla telah menerima intensif dan kontrak kerajaan bernilai $22 bilion menerusi SpaceX.
Pertelingkahan kembali tercetus apabila Musk mengkritik undang-undang tersebut dan mengugut menubuhkan parti baharu bagi menentang ahli politik yang menyokongnya.
Selanjutnya, Trump turut menyindir agensi yang pernah diterajui oleh Musk – Jabatan Kecekapan Kerajaan AS (DOGE) – dengan berkata ia perlu “kembali dan telan Elon.”
Keadaan itu membuat hubungan Trump dan Musk semakin tegang selepas kedua-duanya saling melancarkan perang psikologi.
Saham Tesla jatuh 5.5% susulan prestasi jualan global lebih lemah dan kebimbangan pelabur terhadap program roboteksi yang masih menunggu kelulusan peraturan sebelum dikeluarkan.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!