Situasi pasaran mula berubah apabila dagangan yang semakin menghampiri ke penutup minggu ini menyaksikan pengukuhan semula mata wang US dolar.
Tumpuan terarah kepada laporan data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan peningkatan terbaik sejak 2022.
Bacaan indeks harga pengeluar (PPI) untuk Julai meningkat kepada 0.9% yang mengatasi ramalan 0.2%, memberi isyarat peningkatan harga untuk bulan seterusnya.
Dengan bacaan data yang positif itu, US dolar berjaya pulih dari kerugian 2 hari berturut-turut namun penganalisis melihat situasi tersebut berkemungkinan hanya sementara.
Selain itu, muncul persoalan sama ada mampukah Federal Reserve (Fed) melaksanakan pemotongan kadar faedah secara agresif pada mesyuarat September ini.
Setiausaha Perdagangan AS Scott Bessent pada wawancara sebelum ini memberi isyarat untuk pemotongan kadar faedah 50 mata asas berkemungkinan akan dimulakan pada September.
Untuk petunjuk berikutnya, data jualan runcit AS pula akan diberikan tumpuan pada terbitan sesi New York malam ini berserta tinjauan keyakinan pengguna.
Jika laporan hadir dengan angka kukuh, US dolar bakal melanjutkan lagi pengukuhan pada dagangan sesi terakhir tersebut.
Mata wang utama lain kembali menerima tekanan dengan prestasi pemulihan yang dipaparkan sebelum ini mula terbantut.