Universiti Columbia bersetuju membayar $221 juta (931.5 juta) kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi menyelesaikan siasatan berkaitan dakwaan diskriminasi dan kegagalan menangani isu antisemitisme di kampus.
Perjanjian itu merangkumi bayaran $200 juta kepada kerajaan persekutuan dan $21 juta kepada Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Sama Rata (EEOC) bagi menyelesaikan dakwaan diskriminasi terhadap kakitangan Yahudi selepas konflik Israel-Hamas pada 2023.
Sebagai balasan, Universiti Columbia akan mendapat semula akses kepada sebahagian besar geran penyelidikan persekutuan, termasuk dana daripada National Institutes of Health (NIH) dan Department of Health and Human Services (HHS).
Universiti itu juga bersetuju melaksanakan reformasi seperti menamatkan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI), mengubah definisi antisemitisme, menyemak semula kurikulum Asia Barat serta melantik pentadbir baharu.
Presiden Donald Trump turut menyifatkan perjanjian tersebut sebagai ‘bersejarah’, manakala pemimpin pro-Palestin dan ahli akademik mengecamnya sebagai pengkhianatan terhadap kebebasan akademik dan aktivisme pelajar.
Pengumuman ini dibuat sehari selepas Universiti Columbia mengambil tindakan terhadap puluhan pelajar yang terlibat dalam protes pro-Palestin pada Mei, termasuk pengusiran dan pembatalan ijazah.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!