US dolar menunjukkan prestasi baik pada awal minggu dengan berlegar di sekitar paras tertinggi 3 minggu ketika pelabur juga sedang berwaspada menjelang terbitan laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru di sesi New York malam ini.
Menjadi panduan utama buat Federal Reserve (Fed), angka yang diterbitkan akan memberi gambaran hala tuju dasar monetari selanjutnya.
Selepas catatkan 2.4% untuk Mei, kadar inflasi terbaru AS untuk bulan Jun diramalkan meningkat kepada 2.6%.
Kenaikan kadar inflasi boleh memberi jangkaan untuk Fed mengekalkan polisi sedia ada, dan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah.
Pasaran juga tidak mengetepikan jangkaan penyingkiran Pengerusi Fed Jerome Powell dengan kritikan berterusan oleh Presiden Donald Trump terhadap keputusan bank pusat yang dianggap gagal.
Memerhati indikator bagi kekuatan mata wang, indeks dolar (DXY) menunjukkan peningkatan ke paras 98.00 mata dan masih menyokong prestasi positif US dolar.
Mata wang Euro masih lagi didagangkan tekanan dalam pasaran ketika Kesatuan Eropah (EU) berdepan ancaman tarif baharu oleh Trump.
Namun situasi tegang sedikit diredakan apabila Trump menunjukkan keterbukaan untuk rundingan dagang.
Laporan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW akan diperhatikan pada sesi Eropah hari ini yang turut akan mempengaruhi pergerakan Euro.
Sementara Pound pula terus memaparkan kejatuhan yang jelas bersambung pada pembukaan awal dagangan minggu ini.
Pound akan dipacu oleh terbitan data indeks harga pengguna (CPI) UK pada Rabu, namun pasaran meramalkan kadar inflasi Jun tidak berubah seperti bacaan pada Mei.
Ramai yang dah lama berkecimpung dalam dunia trading dan pelaburan, analisis fundamental dah okay, analisis teknikal dah power dengan macam-macam teknik pernah cuba. Tapi kenapa tetap tak konsisten buat profit? Nak tahu apa kekurangan yang perlu anda lengkapkan untuk ‘berperang’ dengan market? Mari bersama komuniti HUSTLE24HOUR Familia untuk menjawab persoalan itu. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H.