US dolar didagangkan perlahan pada pembukaan minggu pertama bagi bulan September ini dengan pasaran Amerika juga bercuti sempena Hari Buruh.
Debaran menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang terbaru bakal membuatkan pelabur lebih berwaspada untuk tempoh dagangan beberapa minggu terdekat ini.
Petunjuk penting pada minggu ini adalah pada komponen data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang akan membantu para penggubal dasar menilai tahap kesihatan sektor buruh negara itu.
Laporan pekerjaan NFP pada penghujung minggu dijangka akan mencetus impak besar terhadap pergerakan mata wang.
Untuk petunjuk pada minggu seterusnya pula, data inflasi AS akan diberikan perhatian sebagai persediaan akhir menjelang mesyuarat.
Masih kekal untuk jangkaan pemotongan kadar faedah Fed untuk mesyuarat FOMC September, US dolar berada dalam tekanan dan didagangkan di paras terendah 5 minggu.
Penganalisis pasaran melihat selepas tempoh sedekad, ekonomi AS semakin hilang prestasi dengan kebimbangan terarah terhadap pasaran buruh, seperti yang turut disebut Pengerusi Fed Jerome Powell pada persidangan simposium Jackson Hole tempoh hari.
Pada sesi New York malam ini, data tinjauan ISM untuk sektor pembuatan AS akan dinilai bagi bacaan bulan Ogos.
Angka ramalan dijangka sedikit meningkat namun masih di bawah paras 50 mata yang menunjukkan isyarat penguncupan pada sektor tersebut.