Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba memaklumkan bahawa Jepun akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memperoleh perjanjian perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai tindak balas kepada surat Presiden Donald Trump yang menjelaskan Jepun dan Korea Selatan akan dikenakan tarif 25% mulai 1 Ogos.
Ishiba menyatakan pihaknya telah menerima cadangan AS untuk mempercepat rundingan sebelum tarikh akhir baharu 1 Ogos, dan isi kandungan surat boleh disemak berdasarkan maklum balas Jepun.
Meskipun tiada persetujuan, rundingan itu menunjukkan kemajuan dalam membantu Jepun menghindari tarif AS setinggi 30-35% yang dicadangkan oleh Trump sebelum ini.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!