Iran komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan Qatar dan rakyatnya, walaupun semalam melancarkan serangan ke atas Pangkalan Tentera Udara AI Udeid di negara tersebut.
Dalam kenyataan rasmi, Sekretariat Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran memaklumkan bahawa serangan itu merupakan tindakan ketenteraan yang bersasar dan tidak menjejaskan keselamatan orang awam.
Menurut kenyataan tersebut, pangkalan yang menjadi sasaran pasukan Iran terletak jauh dari kawasan perumahan dan kemudahan awam di Qatar, sekaligus tidak membawa sebarang ancaman atau kesan buruk kepada negara berkenaan.
Makluman itu dilihat sebagai usaha Tehran untuk mengekalkan hubungan diplomatik kukuh dengan Doha, yang selama ini berperanan sebagai pengantara utama dalam pelbagai krisis serantau.
Iran menjelaskan tindakannya hanya disasarkan kepada kehadiran tentera asing dan tidak bermaksud untuk menunjukkan sebarang permusuhan terhadap kerajaan atau rakyat Qatar.
Pihak berkuasa Qatar kini belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan itu, namun difahamkan langkah berwaspada telah diambil dengan mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan terbabit.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.