Pada Isnin, saham wall street Amerika Syarikat (AS) mengalami pergerakan seimbang selepas keadaan sama minggu lalu.
Antara faktor ketiga-tiga indeks utama tidak menentu kerana Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif untuk membetulkan ketidakseimbangan perdagangan.
Indeks Dow Jones menurun 1.3%, S&P 500 meningkat 0.1% manakala Nasdaq berfokus pada industri teknologi merosot 0.1%.
Selanjutnya, kejatuhan indeks utama didukung syarikat insurans kesihatan AS, Unitedhealth Group (NYSE:UNH) mencatat kerugian besar apabila sahamnya merudum 22% akibat tanggungan insurans.
Pasaran saham AS ditutup pada Jumaat lalu sempena cuti Good Friday turut menjadi sebab utama indeks bergerak perlahan.
Situasi ini menambah kebimbangan pelabur kerana tarif yang dikenakan oleh Trump sering berubah sepanjang rundingan dengan negara-negara lain, walaupun beberapa levi import telah dihentikan.
Namun demikian, AS masih mengalami situasi perang dagangan besar dengan Republik China tanpa jalan penyelesaian meskipun Trump berhasrat mengadakan rundingan secara baik.
Pelabur berharap musim pendapatan dapat menenangkan semula pasaran ekonomi menjadi terkawal akibat tarif Trump demi melangsungkan semula aktiviti pelaburan.