Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih rendah selepas Presiden Donald Trump meningkatkan serangan tarif ke atas Kanada, sekaligus menambah ketidaktentuan kepada dasar perdagangan AS.
Trump mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif 35% ke atas import dari Kanada bermula 1 Ogos. Beliau turut merancang untuk mengenakan tarif menyeluruh sebanyak 15% hingga 20% ke atas rakan dagangan lain.
Purata indeks utama S&P 500 menurun 0.33% kepada 6,259.75 mata, Dow Jones menyusut 0.63% kepada 44,371.51 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi merudum 0.22% kepada 20,585.53 mata.
Situasi ini berlaku selepas S&P 500 merosot daripada paras tertinggi, susulan tarif 50% Trump ke atas Brazil. Pada hujung minggu pula, Trump mengancam tarif 30% terhadap Kesatuan Eropah (EU) dan Mexico yang turut akan bermula pada 1 Ogos nanti.
Dalam perkembangan lain, saham Nvidia meningkat 0.5% dan mencecah nilai pasaran $4.02 trilion. Saham Levi Strauss & Co pula melonjak 11% selepas syarikat itu meningkatkan ramalan hasil tahunan dan mengatasi jangkaan keuntungan suku tahunan.
Para pelabur kini menumpukan perhatian kepada musim laporan suku kedua serta menilai kesan tarif Trump terhadap syarikat utama seperti JPMorgan, Netflix dan Johnson & Johnson.
Jumlah dagangan di bursa AS merekodkan $15.4 bilion berbanding purata $18.3 bilion selama dua hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!