Syarikat Meta melaporkan bahawa lebih daripada 6.8 juta akaun WhatsApp yang terlibat dalam operasi penipuan telah disekat sepanjang separuh pertama tahun ini.
Firma itu berkata sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi pengguna daripada penipuan, lebih 6.8 juta akaun yang dikaitkan dengan pusat penipuan telah dikesan dan disekat oleh WhatsApp.
Menurut Meta, akaun-akaun itu disekat sebelum sempat digunakan secara meluas hasil daripada siasatan terperinci dan langkah penguatkuasaan yang dipertingkatkan.
Pusat penipuan lazimnya sering menjalankan pelbagai skim serentak seperti penipuan mata wang kripto dan skim piramid.
Antara tanda amaran biasa ialah permintaan untuk bayaran pendahuluan sebagai syarat mendapatkan pulangan atau pendapatan yang dijanjikan.
Platform tersebut turut memperkenalkan ciri ‘tinjauan keselamatan’ bagi aktiviti kumpulan sembang yang akan diaktifkan apabila pengguna dimasukkan ke dalam kumpulan yang tiada dalam kenalan.
Tinjauan itu memberi maklumat tentang kumpulan dan tip keselamatan yang membolehkan pengguna keluar tanpa disedari. Notifikasi kumpulan juga akan disenyapkan sehingga pengguna tidak sedar masih berada dalam kumpulan itu.
Meta menasihati pengguna agar sentiasa berwaspada apabila dihubungi oleh individu tidak dikenali dalam talian, khususnya mereka yang meminta wang atau maklumat peribadi.