Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Korea Selatan dikejutkan dengan kehilangan Bitcoin bernilai kira-kira $47 juta (70 bilion won) yang sebelum ini dirampas oleh pihak berkuasa dalam satu kes jenayah, menurut laporan media tempatan.
Kehilangan itu hanya disedari selepas pemeriksaan rutin aset rampasan dilakukan oleh Pejabat Pendakwa Raya Daerah Gwangju.
Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada serangan ‘phishing’, apabila seorang kakitangan dipercayai telah mengakses laman web palsu, menyebabkan kata laluan wallet Bitcoin bocor.
Phishing merupakan antara kaedah penipuan paling biasa dalam dunia kripto, di mana penyerang menyamar sebagai pihak sah untuk memperdaya mangsa menyerahkan maklumat sensitif seperti private key atau akses dompet.
Seorang pegawai pendakwa raya mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi menjejaki Bitcoin yang dicuri, namun enggan mendedahkan butiran lanjut atas alasan keselamatan dan siasatan yang masih aktif.
Namun, kejadian ini berlaku ketika laporan terkini menunjukkan kerugian akibat phishing kripto menurun lebih 80% pada tahun 2025, selari dengan peningkatan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna.
Kes ini menimbulkan persoalan besar mengenai tahap keselamatan penyimpanan aset kripto oleh agensi kerajaan, terutama ketika semakin banyak pihak berkuasa di seluruh dunia menyimpan kripto bernilai berbilion dolar hasil rampasan jenayah.
Walaupun teknologi blockchain terkenal dengan keselamatannya, insiden ini sekali lagi membuktikan bahawa faktor manusia kekal sebagai kelemahan terbesar dalam ekosistem kripto.

























































