• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
FOMC: Nak Tahu Arah Market Malam Ini?

FOMC: Nak Tahu Arah Market Malam Ini?

16 September 2026
Pusat Data Asia Diberi 90 Hari : Skandal Nvidia Cetus Kesan Lebih Luas!

Pusat Data Asia Diberi 90 Hari : Skandal Nvidia Cetus Kesan Lebih Luas!

17 November 2026
Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

17 November 2026
Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

17 November 2026
Xi Jinping, Trump & Putin Bakal Berjumpa Khamis Ini!

Xi Jinping, Trump & Putin Bakal Berjumpa Khamis Ini!

17 November 2026
Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

17 November 2026
Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

17 November 2026
Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

17 November 2026
Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

17 November 2026
CPI Kekal 3%: Bank of Canada Masih Selamat Daripada Kenaikan ‘Rate’?

Data CPI Kanada: Petrol Makin Mahal, Adakah Kadar Faedah Akan Kekal?

16 November 2026
Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

Bitcoin Hampir Paras Terendah Tiga Bulan, Pasaran Kripto Masih Belum Selamat?

16 November 2026
Petisyen ‘Stand with Jensen’ Cecah 170,000 Tandatangan, Mampukah Huang Kembali ke Nvidia?

Petisyen ‘Stand with Jensen’ Cecah 170,000 Tandatangan, Mampukah Huang Kembali ke Nvidia?

16 November 2026
Iran Serang Bahrain, AS Masih Cakap Rundingan Damai Masih Berjalan?

Iran Serang Bahrain, AS Masih Cakap Rundingan Damai Masih Berjalan?

16 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Tuesday, 17 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

    Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

    Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

    Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

    Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

    Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

    Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

    Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

    Adakah Kevin Warsh Bakal Selamatkan Harga Emas?

    Adakah Kevin Warsh Bakal Selamatkan Harga Emas?

    Harga Emas Merosot, USD Semakin Mengukuh

    Harga Emas Merosot, USD Semakin Mengukuh

    Ringkasan Pagi: Data Asia Uji Dolar, Minyak Dibayangi Serangan Baharu

    Ringkasan Pagi: Data Asia Uji Dolar, Minyak Dibayangi Serangan Baharu

    PPI AS Lebih Rendah Daripada Jangkaan! Apakah Ini Bakal Ubah Hala Tuju Kevin Warsh?

    PPI AS Lebih Rendah Daripada Jangkaan! Apakah Ini Bakal Ubah Hala Tuju Kevin Warsh?

    Fed Berdepan Tekanan Inflasi dan Ledakan AI: Kadar Faedah Jadi Tumpuan!

    Fed Berdepan Tekanan Inflasi dan Ledakan AI: Kadar Faedah Jadi Tumpuan!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

    Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

    CPI Kekal 3%: Bank of Canada Masih Selamat Daripada Kenaikan ‘Rate’?

    Data CPI Kanada: Petrol Makin Mahal, Adakah Kadar Faedah Akan Kekal?

    Ringkasan Pagi: Data Asia Uji Dolar, Minyak Dibayangi Serangan Baharu

    Ringkasan Pagi: Data Asia Uji Dolar, Minyak Dibayangi Serangan Baharu

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: CPI Panas, Rundingan Iran-AS Masih Buntu

    Ringkasan Pagi: CPI Panas, Rundingan Iran-AS Masih Buntu

    Ringkasan Pagi: Minyak Merosot, CPI AS Jadi Ujian Dolar

    Ringkasan Pagi: Minyak Merosot, CPI AS Jadi Ujian Dolar

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Hampir Paras Terendah Tiga Bulan, Pasaran Kripto Masih Belum Selamat?

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bon Lebih Menarik, Bitcoin Merosot: Apa Yang Mengubah Sentimen Pasaran?

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

    Apa Nasib Bitcoin & XRP Selepas FOMC Malam Ini?

    Jangkaan Fed Naikkan Kadar, BTC & XRP Terus Dibayangi Risiko

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Jatuh ke Paras Terendah 3 Bulan, Apa Yang Menekan Pasaran Kripto?

    BTC & XRP Terus Tertekan, Hasil Bon AS Jadi Tumpuan

    CPI AS Lebih Panas, BTC & XRP Terus Diburu Penjual?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Petisyen ‘Stand with Jensen’ Cecah 170,000 Tandatangan, Mampukah Huang Kembali ke Nvidia?

    Petisyen ‘Stand with Jensen’ Cecah 170,000 Tandatangan, Mampukah Huang Kembali ke Nvidia?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Pasaran Berita Ekonomi

FOMC: Nak Tahu Arah Market Malam Ini?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
16 September 2026
in Berita Ekonomi, Pasaran
0
FOMC: Nak Tahu Arah Market Malam Ini?
587
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Keputusan kadar faedah hanyalah permulaan. SEP, dot plot dan unjuran ekonomi Fed bakal menjadi petunjuk penting untuk membaca hala tuju pasaran selepas mesyuarat dan membentuk jangkaan sehingga FOMC seterusnya pada 27 hingga 28 Oktober.

Pasaran kini menghampiri mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada 15 hingga 16 September, dengan keputusan dasar monetari bakal menjadi antara acara paling penting minggu ini. Federal Reserve dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, namun perhatian pedagang tidak seharusnya terhenti selepas keputusan tersebut diumumkan.

Apa yang lebih penting ialah bagaimana Fed melihat keadaan ekonomi selepas kenaikan tersebut dan apakah laluan kadar faedah yang dijangkakan selepas ini.

Ini kerana pasaran tidak hanya berdagang berdasarkan keputusan semasa. Pasaran turut bergerak berdasarkan jangkaan terhadap keputusan yang akan datang.

Dengan itu, FOMC kali ini perlu dibaca sebagai satu pakej yang merangkumi keputusan kadar, unjuran ekonomi, dot plot dan komunikasi Fed.

Tekanan Inflasi Masih Menjadi Risiko

Tekanan untuk mengetatkan dasar monetari hadir ketika proses disinflasi Amerika Syarikat masih belum menunjukkan kemajuan yang cukup meyakinkan.

CPI Amerika Syarikat meningkat 0.4% pada Ogos selepas hanya meningkat 0.1% pada Julai. Secara tahunan, CPI meningkat 3.4%, manakala Core CPI meningkat 0.3% pada bulan tersebut dan 2.4% secara tahunan.

Pasaran buruh pula masih memberikan ruang kepada Fed untuk bertindak. Nonfarm payroll meningkat 162,000 pada Ogos, manakala kadar pengangguran kekal pada 4.1%.

Pada masa sama, kenaikan harga minyak akibat risiko geopolitik menambahkan lagi ketidakpastian terhadap prospek inflasi.

Keadaan ini meletakkan Fed dalam posisi yang sukar. Dasar yang lebih ketat boleh membantu mengekang inflasi, tetapi kadar yang terlalu tinggi juga berpotensi meningkatkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Berdasarkan keadaan tersebut, kenaikan 25 mata asas menjadi senario asas. Tetapi persoalan yang lebih besar ialah adakah Fed melihat keperluan untuk meneruskan kenaikan selepas September?

Jangan Hanya Tengok Keputusan Kadar

Jika Fed menaikkan kadar 25 mata asas kepada julat 3.75% hingga 4.00%, keputusan tersebut mungkin tidak cukup untuk menentukan arah pasaran.

Sebabnya mudah.

Jika sesuatu keputusan sudah dijangka, sebahagian besar kesannya mungkin telah dihargakan oleh pasaran.

Kejutan sebenar boleh datang daripada apa yang Fed katakan mengenai masa depan.

Di sinilah SEP dan dot plot menjadi sangat penting.

Apa Itu SEP?

SEP atau Summary of Economic Projections ialah laporan unjuran ekonomi yang diterbitkan Fed empat kali setahun.

Ia menunjukkan pandangan peserta FOMC terhadap beberapa perkara utama seperti pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, inflasi dan kadar Fed Funds.

Mudahnya, SEP membantu menjawab persoalan:

“Fed melihat ekonomi Amerika Syarikat akan bergerak ke mana?”

Jika Fed menaikkan unjuran inflasi, pasaran boleh melihat tekanan harga sebagai lebih berpanjangan.

Jika Fed menurunkan unjuran pertumbuhan atau menaikkan unjuran pengangguran, risiko kelembapan ekonomi pula menjadi lebih besar.

Namun, bagi trader, salah satu angka paling penting ialah unjuran kadar faedah.

Apa Itu Dot Plot?

Dot plot pula menunjukkan pandangan setiap peserta FOMC mengenai tahap kadar Fed Funds yang sesuai pada penghujung tahun tertentu.

Ia bukan janji bahawa Fed pasti akan menetapkan kadar pada tahap tersebut.

Sebaliknya, ia memberikan gambaran tentang bagaimana pembuat dasar melihat laluan kadar yang sesuai berdasarkan keadaan ekonomi ketika itu.

Sebagai contoh, jika median unjuran kadar 2026 bergerak daripada sekitar 3.750% kepada 4.125%, pasaran boleh melihatnya sebagai isyarat bahawa Fed masih membuka ruang untuk pengetatan tambahan.

Sebaliknya, jika median kekal lebih rendah dan majoriti peserta tidak melihat keperluan untuk kenaikan tambahan, pasaran boleh mentafsirkan kenaikan September sebagai langkah yang lebih terhad.

Jadi, secara mudah:

Keputusan kadar memberitahu apa Fed buat sekarang.

Dot plot membantu menunjukkan apa Fed mungkin buat selepas ini.

Senario Satu: Fed Lebih Hawkish

Senario pertama ialah Fed menaikkan kadar 25 mata asas dan pada masa sama memberikan unjuran kadar yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, kadar dinaikkan kepada 3.75% hingga 4.00%, tetapi median dot plot 2026 meningkat kepada sekitar 4.125%.

Mesej kepada pasaran akan menjadi lebih jelas.

Kenaikan September mungkin bukan langkah terakhir.

Pasaran akan mula mengambil kira kemungkinan satu lagi kenaikan kadar sebelum penghujung tahun atau kadar yang kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Dalam keadaan ini, hasil Treasury berpotensi meningkat dan jangkaan pasaran terhadap dasar monetari menjadi lebih ketat.

Yang penting, pergerakan pasaran bukan semata mata disebabkan kenaikan 25 mata asas.

Kejutan datang daripada perubahan laluan kadar yang dijangkakan.

Senario Dua: Fed Naik Kadar, Tetapi Isyarat Lebih Dovish

Senario kedua lebih menarik kerana keputusan kadar dan reaksi pasaran boleh bergerak dalam arah yang berbeza.

Fed masih menaikkan kadar 25 mata asas seperti dijangka, tetapi dot plot menunjukkan hanya sedikit ruang untuk kenaikan tambahan.

Pasaran boleh mentafsirkan keadaan ini sebagai “one and done”.

Dalam erti kata lain, Fed menaikkan kadar untuk menangani risiko inflasi, tetapi tidak memberikan isyarat bahawa kitaran pengetatan baharu akan berterusan.

Jika ini berlaku, reaksi pasaran boleh menjadi lebih dovish walaupun kadar telah dinaikkan.

Ini menjelaskan mengapa trader tidak sepatutnya membuat kesimpulan berdasarkan tajuk:

“Fed naik kadar 25 mata asas.”

Sebaliknya, persoalan yang lebih penting ialah:

Adakah keputusan tersebut lebih hawkish atau lebih dovish berbanding apa yang telah dihargakan oleh pasaran?

Senario Tiga: Unjuran Inflasi Jadi Penentu

Kejutan juga boleh datang daripada perubahan unjuran inflasi.

Jika Fed menaikkan unjuran PCE atau Core PCE, pasaran boleh membuat kesimpulan bahawa proses membawa inflasi kembali kepada sasaran 2% akan mengambil masa lebih panjang.

Keadaan ini boleh mengukuhkan jangkaan bahawa kadar perlu kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Sebaliknya, jika unjuran inflasi diturunkan dan Fed melihat proses disinflasi kembali berjalan dengan lebih baik, ruang untuk dasar yang lebih longgar akan meningkat.

Sebab itu trader perlu membaca keseluruhan pakej FOMC, bukannya satu angka sahaja.

Nota: Ini ialah kerangka untuk membaca kemungkinan reaksi pasaran. Reaksi sebenar bergantung kepada perbezaan antara keputusan Fed dengan jangkaan yang telah dihargakan oleh pasaran.

Mengapa FOMC September Penting Sehingga Oktober?

Kepentingan FOMC kali ini tidak berakhir selepas keputusan diumumkan.

Keputusan kadar bersama SEP dan dot plot berpotensi menjadi baseline baharu untuk jangkaan dasar monetari pasaran sehingga mesyuarat FOMC seterusnya pada 27 hingga 28 Oktober 2026.

Jadual rasmi Federal Reserve menunjukkan mesyuarat September adalah antara mesyuarat yang disertai SEP, manakala mesyuarat Oktober tidak disertai unjuran ekonomi baharu.

Ini menjadikan unjuran September sangat penting.

Selepas keputusan diumumkan, setiap data ekonomi baharu akan mula dinilai berdasarkan satu persoalan:

Adakah data tersebut mengesahkan atau mencabar pandangan Fed yang baru diumumkan?

Jika Fed memberikan isyarat hawkish dan data inflasi selepas itu kembali panas, naratif kadar tinggi untuk tempoh lebih lama boleh menjadi semakin kukuh.

Sebaliknya, jika data inflasi atau pasaran buruh mula menunjukkan kelemahan, jangkaan tersebut boleh berubah sebelum mesyuarat Oktober.

Maka, FOMC September boleh menjadi titik permulaan kepada trend pasaran menuju Oktober, tetapi trend tersebut masih tertakluk kepada data ekonomi dan perkembangan geopolitik yang akan datang.

Kesimpulan

FOMC kali ini bukan sekadar tentang naik atau tidak naik 25 mata asas.

Apa yang lebih penting ialah apa yang keputusan tersebut beritahu tentang langkah Fed seterusnya.

Jika keputusan, SEP dan dot plot memberikan isyarat hawkish, pasaran berpotensi membawa naratif tersebut ke dalam tempoh menuju FOMC Oktober.

Jika Fed memberikan isyarat dovish, pasaran pula boleh membina jangkaan baharu terhadap laluan kadar.

Namun, trader perlu membezakan antara trend yang terbentuk daripada keputusan FOMC dengan jaminan bahawa trend tersebut akan kekal.

Ia bukan jaminan.

Sebaliknya, ia adalah baseline baharu yang akan diuji oleh CPI, PCE, data pekerjaan, pertumbuhan ekonomi serta perkembangan geopolitik sebelum mesyuarat FOMC seterusnya.

Justeru, memahami FOMC bukan sekadar mengetahui keputusan kadar.

Trader perlu memahami apa yang Fed lakukan, apa yang Fed jangkakan dan apa yang pasaran sedang price in.

Kerana keputusan kadar menentukan reaksi pertama, manakala SEP dan dot plot membantu membaca arah dasar monetari selepas itu.

Dan sehingga FOMC 27 hingga 28 Oktober, setiap data ekonomi baharu akan menjadi ujian kepada naratif yang dibentuk oleh mesyuarat September.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Tags: dovishfedfederal reservefomcforexhawkish
ShareTweetSend

Related Posts

Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

by Team INTRADAY
17 November 2026
0

Bilik-bilik dagangan di Wall Street menerima satu lagi isyarat hawkish daripada barisan kepimpinan Rizab Persekutuan (The Fed) pada hari Selasa...

Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

by Team INTRADAY
17 November 2026
0

Pasaran kewangan dijangka memberi tumpuan kepada beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Selasa malam, khususnya laporan Jualan Runcit (Retail...

Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

by Team INTRADAY
17 November 2026
0

Harga emas dunia menunjukkan sedikit pemulihan selepas mencatat penutupan terendah sejak September 2025, namun masih berdepan tekanan daripada jangkaan kenaikan...

Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

Ringkasan Pagi: Fed Buka Laluan Kenaikan Kadar Januari 2027

by Team INTRADAY
17 November 2026
0

Brent jatuh 3.6% ke sekitar AS$92.40 setong pada Isnin, sementara pedagang menilai prospek kadar faedah AS. Jangkaan kenaikan Fed pada...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Adakah Kevin Warsh Bakal Selamatkan Harga Emas?

Adakah Kevin Warsh Bakal Selamatkan Harga Emas?

16 November 2026
Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

Emas Terus Tertekan, Fed Bayangi Pasaran 2027

17 November 2026
Harga Emas Merosot, USD Semakin Mengukuh

Harga Emas Merosot, USD Semakin Mengukuh

16 November 2026
Pusat Data Asia Diberi 90 Hari : Skandal Nvidia Cetus Kesan Lebih Luas!

Pusat Data Asia Diberi 90 Hari : Skandal Nvidia Cetus Kesan Lebih Luas!

0
Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

0
Xi Jinping, Trump & Putin Bakal Berjumpa Khamis Ini!

Xi Jinping, Trump & Putin Bakal Berjumpa Khamis Ini!

0
Pusat Data Asia Diberi 90 Hari : Skandal Nvidia Cetus Kesan Lebih Luas!

Pusat Data Asia Diberi 90 Hari : Skandal Nvidia Cetus Kesan Lebih Luas!

17 November 2026
Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

Kenaikan Kadar Fed Sebelum Musim Bunga? Amaran Baharu Cetus Tanda Tanya

17 November 2026
Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

Tumpuan Data Ekonomi AS Malam Ini

17 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.