Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Kebanyakan orang berpendapat bahawa memiliki gaji tinggi bermakna bebas daripada hutang. Namun hakikatnya, ramai dalam kalangan kita yang berpendapatan tinggi tetap mengalami masalah kewangan yang serius.
Artikel ini mendedahkan 7 punca utama mengapa gaji besar tidak menjamin kebebasan daripada masalah hutang.
1. Gaya Hidup Tinggi (Lifestyle Inflation)
Peningkatan perbelanjaan yang seiring dengan kenaikan gaji sering mendorong individu ke arah gaya hidup yang lebih mewah.
Ini termasuklah pembelian kenderaan mewah, rumah yang lebih besar, serta gajet terkini.
Sebagai contoh, walaupun berpendapatan RM10,000 sebulan, namun komitmen yang melebihi RM9,000 akan menyebabkan hutang kekal tinggi.
2. Tiada Perancangan Kewangan
Sesetengah pengguna tidak menetapkan bajet atau simpanan tetap dengan mereka hanya menggunakan gaji untuk bayar hutang dan perbelanjaan tanpa strategi.
Keadaan ini berpunca daripada tindakan kerap tergoda dengan tawaran kad kredit, pinjaman peribadi atau sindeket pelaburan tidak sah.
3. Hutang Kad Kredit & Pinjaman Peribadi
Membayar jumlah minimum pada kad kredit menyebabkan baki tertunggak terus meningkat akibat kadar faedah yang tinggi.
Selain itu, akses mudah kepada pinjaman dalam talian membuatkan individu tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sudah terikat dengan hutang yang melebihi kemampuan.
4. Tiada Dana Kecemasan
Ketiadaan simpanan kecemasan memaksa individu menggunakan kad kredit atau membuat pinjaman baharu apabila keadaan terdesak.
Ini menambahkan lagi beban hutang walaupun gaji yang diterima adalah besar.
5. Gagal Membezakan Keperluan & Kehendak
Ramai yang menghabiskan wang perbelanjaan untuk perkara yang diingini bukannya yang diperlukan.
Contohnya, membeli pakaian berjenama, membeli gadget baharu dan melancong ke tempat mewah bersama ahli keluarga pada setiap bulan walaupun hutang sedia ada masih belum dilunaskan.
6. Kurang Pendidikan Kewangan
Tidak mengetahui cara melabur atau mengurus kewangan secara bijak. Ramai beranggapan bahawa gaji tinggi akan menjamin kehidupan yang selesa, namun masih kurang memahami konsep aliran tunai serta perbezaan antara aset dan liabiliti.
7. Mentaliti Hutang
Sikap terlalu selesa untuk kelihatan mewah di mata masyarakat. Ada yang menganggap berhutang itu perkara normal asalkan mereka mampu membuat bayaran bulanan minimum.
Gaji tinggi bukanlah jaminan untuk hidup tenang tanpa hutang. Kunci utamanya terletak pada disiplin kewangan, bajet yang jelas, simpanan yang konsisten, serta kawalan gaya hidup yang sederhana.
Ironinya, kita perlu hidup mengikut kemampuan, bukan mengikut jumlah gaji semata-mata.




























































