Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penurunan pada sesi dagangan Jumaat, sekali gus memulakan tahun baharu 2026 dengan nada negatif.
Kejatuhan ini berlaku ketika pelabur dilihat berhati-hati untuk meneruskan momentum keuntungan kukuh yang telah dicapai sepanjang tahun 2025.
Indeks Dow Jones merosot 0.63% kepada 303.77 mata, S&P 500 jatuh 0.74% dan Nasdaq Composite menjunam 0.76% kepada 177.09 mata.
Walaupun pasaran merosot pada awal tahun ini, beberapa saham teknologi menunjukkan prestasi positif dengan Palantir Technologies melonjak 136.40%, AppLovin (97.15%), Alphabet (65.23%) dan Nvidia (34.84%).
Bagaimanapun, lonjakan saham teknologi tersebut tidak mampu menghapuskan ketidaktentuan pasaran yang semakin meruncing.
Penilaian saham yang tinggi menimbulkan persoalan mengenai ketahanan trend peningkatan ini, terutama ketika hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed) masih belum jelas.
Dalam pada itu, risiko geopolitik yang memuncak dan ancaman tarif baharu AS terus menggugat keyakinan pelabur, sekali gus menyebabkan turun naik harga saham menjadi lebih sengit.
Pasaran kini menantikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan, serta laporan JOLTS pada minggu hadapan yang dijangka akan menentukan hala tuju pelaburan seterusnya.
























































