• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Merdeka Ke-69 Tahun: Isu Rohingya Kini Uji Kedaulatan Malaysia?

Merdeka Ke-69 Tahun: Isu Rohingya Kini Uji Kedaulatan Malaysia?

27 August 2026
Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

29 October 2026
Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

29 October 2026
Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

29 October 2026
Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

29 October 2026
BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

BTC Menghampiri Fasa Pergerakan Besar, XRP Masih Mendatar

29 October 2026
Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

29 October 2026
Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

Selepas 3 Tahun Menunggu: Bank of Canada Naik Kadar Faedah Kepada 2.50%!

28 October 2026
Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

28 October 2026
Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

28 October 2026
Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

28 October 2026
Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

28 October 2026
Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

28 October 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Thursday, 29 October 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Harga Minyak Kekal Tinggi, Pilihan Raya Israel Jadi Penentu

    Harga Minyak Kekal Tinggi, Pilihan Raya Israel Jadi Penentu

    Harga Emas Kekal Di Atas $4,000 Menjelang FOMC

    Harga Emas Kekal Di Atas $4,000 Menjelang FOMC

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Bank Pusat “Superweek”: 5 Keputusan Kadar Faedah Bakal Gegarkan Pasaran!

    Bank Pusat “Superweek”: 5 Keputusan Kadar Faedah Bakal Gegarkan Pasaran!

    Ringkasan Pagi: Dolar di Persimpangan Iran, Minyak dan Fed

    Ringkasan Pagi: Dolar di Persimpangan Iran, Minyak dan Fed

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

    BTC Menghampiri Fasa Pergerakan Besar, XRP Masih Mendatar

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Perangkap Pilihan Raya Menanti? Pasaran Kripto Terumbang-ambing!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    BTC Sukar Pulih & XRP Berdepan Risiko Jatuh Lebih Rendah?

    BTC Menanti Keputusan Fed, XRP Belum Mampu Bangkit

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC Pulih Selepas Kejatuhan, XRP Hampiri Paras Kritikal $1.26

    Kejatuhan Saham Teknologi Goncang Kripto, BTC & XRP Jadi Tumpuan

    Kejatuhan Saham Teknologi Goncang Kripto, BTC & XRP Jadi Tumpuan

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    $60 Bilion Lenyap Dalam Sekelip Mata! Mampukah Bitcoin Pertahan Benteng $80K?

    BTC & XRP Bangkit, Mampukah Pemulihan Bertahan?

    BTC & XRP Bangkit, Mampukah Pemulihan Bertahan?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Isu Semasa

Merdeka Ke-69 Tahun: Isu Rohingya Kini Uji Kedaulatan Malaysia?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
27 August 2026
in Isu Semasa
0
Merdeka Ke-69 Tahun: Isu Rohingya Kini Uji Kedaulatan Malaysia?
477
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Selepas 69 tahun merdeka, sejauh mana Malaysia masih berkuasa menentukan siapa yang tinggal, berniaga dan membina penempatan di bumi sendiri?

Setiap 31 Ogos, rakyat Malaysia melaungkan satu perkataan yang membawa harga yang sangat besar, iaitu Merdeka!

Kita mengibarkan Jalur Gemilang, mengenang perjuangan generasi terdahulu dan meraikan sebuah negara yang bebas menentukan nasibnya sendiri.

Namun, kemerdekaan perlu dibuktikan melalui tindakan. Sebuah negara merdeka mesti mampu mengawal sempadannya, mengurus penempatannya, melindungi ekonominya dan memastikan undang undang negara mempunyai kuasa terhadap sesiapa sahaja yang berada di dalam wilayahnya.

Di sinilah isu komuniti Rohingya mula menyentuh persoalan yang lebih besar tentang Malaysia.

Penempatan, perniagaan, tanah, penguatkuasaan dan kedaulatan semuanya saling berkait.

Adakah kelemahan sistem kita sendiri sedang membuka ruang kepada satu bentuk penjajahan moden yang berlaku perlahan lahan di depan mata?

Penjajahan Moden Tidak Datang Dengan Senjata

Penjajahan dahulu datang bersama tentera. Hari ini, bentuk pengaruh terhadap sesebuah kawasan boleh berkembang melalui penduduk, penempatan, aktiviti ekonomi dan penguasaan ruang sosial.

Sebab itu istilah “penjajahan moden” wajar dijadikan bahan renungan. Bukan kerana Rohingya datang untuk menakluk Malaysia, tetapi kerana kelemahan penguatkuasaan boleh memberikan ruang kepada mana mana komuniti asing untuk berkembang melampaui batas yang ditetapkan undang undang.

Apabila penempatan tidak sah boleh berkembang, struktur tanpa kelulusan boleh dibina dan aktiviti ekonomi tanpa lesen boleh berlaku berulang kali, rakyat berhak menuntut penjelasan.

Siapa yang mengawal keadaan ini? Siapa yang memastikan peraturan dipatuhi? Dan sampai bila rakyat perlu melihat perkara yang sama berulang?

Sebuah negara yang benar benar berdaulat mesti mampu memastikan undang undangnya berfungsi.

Sungai Tekali: Penempatan Rohingya Yang Mencetuskan Persoalan Besar

Lihat sahaja apa yang berlaku di Sungai Tekali, Hulu Langat.

Pada Jun 2026, pihak berkuasa negeri menjelaskan bahawa pemilik tanah membenarkan warga asing membina dan menduduki struktur secara tidak sah. Tindakan terhadap penempatan tersebut telah dilakukan berulang kali sejak 2016.

Ini menunjukkan bahawa masalah penempatan tersebut bukan muncul dalam tempoh sehari. Ia berkembang sehingga memerlukan tindakan penguatkuasaan.

Bagaimana struktur boleh dibina? Bagaimana penempatan boleh berkembang? Siapa yang membenarkannya? Siapa yang mendapat keuntungan daripada tanah tersebut? Dan mengapa penguatkuasaan perlu dilakukan berulang kali?

Tanah Malaysia mempunyai undang undang. Penggunaan tanah mempunyai peraturan. Pembinaan mempunyai syarat.

Jika semua itu boleh diketepikan sehingga sebuah penempatan berkembang, kelemahan penguatkuasaan perlu diperbaiki dengan segera.

Selayang: Apabila Rohingya Masuk Ke Ruang Ekonomi

Kemudian lihat pula Selayang.

Kawasan Pasar Borong Selayang telah beberapa kali menjadi perhatian berhubung aktiviti perniagaan komuniti Rohingya dan isu peniaga tanpa lesen. Peniaga tempatan turut menyuarakan kebimbangan mengenai persaingan yang tidak seimbang.

Di sinilah isu Rohingya mula bersilang dengan kepentingan ekonomi rakyat Malaysia.

Bayangkan seorang peniaga tempatan. Dia membayar sewa, membayar lesen, mematuhi syarat pihak berkuasa, membayar pekerja dan menanggung kos operasi.

Kemudian dia perlu bersaing dengan perniagaan yang beroperasi tanpa kelulusan atau melalui saluran yang tidak sepatutnya.

Itu bukan persaingan yang adil.

Jika perniagaan tidak mempunyai lesen, tindakan perlu diambil. Jika lesen digunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya, perkara itu perlu disiasat. Jika terdapat eksploitasi terhadap pemilik lesen tempatan, tindakan perlu diambil.

Undang undang tidak boleh menjadi keras kepada rakyat Malaysia tetapi longgar terhadap pihak lain.

Ini Sudah Menjadi Isu Nasional

Sungai Tekali menunjukkan masalah penempatan. Selayang menunjukkan masalah ekonomi dan penguatkuasaan. Lokasi lain pula memperlihatkan isu berkaitan penempatan serta struktur yang tidak mendapat kelulusan.

Apabila corak yang sama muncul di tempat berbeza, kerajaan tidak boleh hanya menunggu masalah menjadi lebih besar sebelum bertindak.

Malaysia memerlukan dasar yang jelas, penguatkuasaan yang konsisten, sempadan yang dikawal dan sistem penempatan yang tersusun.

Malaysia juga memerlukan garis yang jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komuniti Rohingya di negara ini.

Tanpa garis yang jelas, kekosongan dasar akan terus diisi oleh realiti di lapangan.

Kad UNHCR Bukan Lesen Untuk Melanggar Undang Undang

Satu lagi perkara mesti difahami dengan jelas.

Pemegang kad UNHCR bukan warganegara Malaysia. Kad UNHCR bukan MyKad. Kad UNHCR bukan lesen perniagaan dan bukan imuniti umum daripada undang undang Malaysia.

Pemegang kad tersebut tetap tertakluk kepada undang undang Malaysia.

Kerajaan perlu memastikan rakyat memahami kedudukan sebenar mereka. Lebih penting lagi, penguatkuasaan mesti jelas.

Jika undang undang dilanggar, tindakan mesti diambil.

Tidak kira siapa pelakunya. Tidak kira statusnya. Tidak kira dari mana asalnya.

Kemanusiaan Tidak Boleh Menghapuskan Kedaulatan

Malaysia boleh membantu manusia yang melarikan diri daripada konflik. Malaysia boleh menunjukkan nilai kemanusiaan. Tetapi kerajaan Malaysia juga mempunyai tanggungjawab yang sama besar terhadap rakyat Malaysia.

Peniaga tempatan mesti dilindungi daripada persaingan tidak adil. Tanah negara mesti dilindungi daripada pencerobohan. Kawasan perumahan mesti mempunyai kawalan. Peluang pekerjaan mesti diurus dengan baik. Undang undang mesti dikuatkuasakan.

Kemanusiaan memerlukan belas kasihan. Kedaulatan memerlukan ketegasan. Malaysia memerlukan kedua duanya.

Jangan Sampai Kita Sedar Selepas Semuanya Terlambat

Perubahan besar jarang berlaku dalam satu malam. Ia bermula dengan perkara kecil.

Satu penempatan, kemudian bertambah. Satu premis, kemudian bertambah. Satu aktiviti ekonomi, kemudian berkembang.

Apabila kerajaan lambat bertindak, keadaan yang pada mulanya kecil boleh menjadi semakin sukar untuk dikawal.

Sebab itu penguatkuasaan perlu bermula sebelum masalah menjadi struktur yang kekal.

Jangan tunggu sesuatu kawasan berubah sepenuhnya sebelum kerajaan bertanya siapa yang menguasainya.

69 Tahun Merdeka, Apa Erti Kedaulatan?

Generasi terdahulu berjuang supaya tanah ini tidak lagi ditentukan oleh kuasa asing.

Hari ini, Malaysia tidak berdepan penjajahan tentera. Malaysia berdepan cabaran yang lebih kompleks, termasuk migrasi, penempatan, ekonomi, keselamatan, sempadan dan penguatkuasaan.

Semua ini menguji kemampuan sebuah negara mengurus dirinya sendiri.

Patriotisme bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang. Patriotisme ialah mempertahankan kepentingan negara, memastikan undang undang dihormati, memastikan rakyat Malaysia tidak kehilangan ruang ekonomi kepada persaingan yang tidak adil dan memastikan tanah Malaysia tidak boleh diduduki sesuka hati.

Patriotisme juga ialah keberanian untuk berkata:

Malaysia mesti mempunyai kawalan terhadap Malaysia.

Merdeka Bukan Sekadar Perkataan

Pada 31 Ogos nanti, kita akan sekali lagi melaungkan MERDEKA!

Tetapi apa makna kemerdekaan jika sempadan gagal dikawal?

Apa makna kedaulatan jika penempatan tanpa kelulusan boleh berkembang?

Apa makna undang undang jika penguatkuasaan tidak konsisten?

Apa makna kebebasan jika kepentingan rakyat sendiri tidak dilindungi?

Inilah perkara yang perlu kita hadapi. Bukan untuk membenci Rohingya dan bukan untuk menolak kemanusiaan, tetapi untuk memastikan dasar Malaysia ditentukan oleh kepentingan negara dan dilaksanakan melalui undang undang Malaysia.

Kita boleh membantu. Kita boleh berperikemanusiaan. Tetapi kita juga mesti tegas.

Kerana negara yang berdaulat tidak boleh menyerahkan kawalan terhadap tanah, sempadan, penempatan dan ekonominya kepada keadaan yang berkembang tanpa kawalan.

69 tahun Merdeka.

Ini tanah Malaysia!

Ini Undang-undang Malaysia!

Masa depan ini milik rakyat Malaysia!

Merdeka mesti mempunyai kuasa!

Merdeka mesti mempunyai sempadan!

Merdeka mesti mempunyai undang undang!

Dan Merdeka mesti bermaksud Malaysia masih mampu menentukan masa depannya sendiri.

Tags: 69 Tahun MerdekaGempurKedaulatan NegaraMalaysiamerdekarohingya
ShareTweetSend

Related Posts

Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

by Team INTRADAY
29 October 2026
0

Harga minyak mentah dunia bergerak mendatar pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan sehari sebelumnya apabila pelabur menilai ketegangan geopolitik di Timur...

Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

by Team INTRADAY
29 October 2026
0

Harapan rundingan tekan harga minyak Harga minyak susut apabila pedagang menilai usaha diplomatik baharu di Timur Tengah bagi mengelakkan serangan...

Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

by Team INTRADAY
29 October 2026
0

Keputusan Fed tidak beri petunjuk jelas Harga emas merosot selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah dan tidak...

Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

by Team INTRADAY
29 October 2026
0

Apa yang berlaku semalam? Fed mengekalkan kadar faedah pada julat 3.75% - 4.00% menerusi undian 10-2. Selepas keputusan itu, hasil...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

Ramalan Harga Emas XAU/USD: FOMC & Warsh Tentukan Arah Gold!

28 October 2026
FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

28 October 2026
Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

Maxis dan U Mobile Bergabung? Gergasi Telko Baharu!

28 October 2026
Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

0
Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

0
Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

0
Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

29 October 2026
Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

29 October 2026
Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

29 October 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.