Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran Wall Street ditutup lebih rendah pada sesi dagangan Jumaat selepas indeks-indeks utama mengalami jualan besar-besaran berikutan kebimbangan baharu terhadap sektor kecerdasan buatan (AI).
Pasaran kini sedang menantikan data ekonomi penting iaitu laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Januari yang dijadual diumumkan hari ini.
Sementara itu, bacaan inflasi utama dijangka berkurangan kepada 2.5% daripada 2.7%, manakala inflasi teras dijangka menyusut kepada 2.5% kepada 2.6%.
Beralih kepada prestasi saham individu, saham Applied Materials melonjak 12% selepas mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh daripada jangkaan serta mengeluarkan tinjauan yang optimistik.
Saham Rivian meningkat 16% selepas mengumumkan sasaran penghantaran kenderaan yang lebih kukuh pada tahun ini.
Sebaliknya, saham Pinterest menjunam 18% ekoran keputusan suku tahunan yang mengecewakan.
Dari segi prestasi indeks utama, Dow Jones merosot 1.34%, S&P 500 jatuh 1.57% dan Nasdaq Composite yang berfokus kepada sektor teknologi menjunam 2.03%.
Kebanyakan pelabur mula menjual saham secara besar-besaran disebabkan oleh kebimbangan terhadap perbelanjaan untuk modal AI menjadi terlalu tinggi.
Selain itu, terdapat kegusaran bahawa model perniagaan lama bakal terganggu, terutamanya dalam sektor perisian, hartanah dan pengangkutan trak.
























































