“Alamak adakah harga LINK akan terkesan disebabkan Celsius?”
Setelah diluluskan oleh hakim Amerika Syarikat (AS) yang menyelia kes kebankrapan, Celsius iaitu syarikat pemberi pinjaman mata wang kripto bankrap telah menjual altcoin kemudian menukarnya kepada Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).
Selain mendepositkan 186,149 BONE bernilai $235,000 dalam bursa kripto OKEx, Celsius telah memindahkan sejumlah aset digital ke FalconX seterusnya ke Binance untuk dijual.
Bukan itu sahaja, Celsius turut menjual 1.27 juta Chainlink (LINK) bernilai $8.5 juta, 2.83 juta Synthetix (SNX) pada $7.84 juta, 12,597 Binance Coin (BNB) pada $3 juta, 4.45 juta 1INCH pada $2.26 juta, 8.53 juta ZRX pada $39 juta dan 439,000 FTT berharga $713,000.
Sudah sedia maklum kebanyakan altcoin telah dipindahkan ke address wallet “0x4131”, tetapi Celsius turut mengalihkan 1,393 StaFi (eETH) kepada Wintermute Trading untuk menerima sebanyak 1,393 ETH sebagai pulangan.
Namun perlu diketahui bahawa altcoin terbesar dipegang Celsius adalah LINK, oleh itu aset digital yang pada masa ini mencatatkan penurunan 2.02% pada $6.69 dalam tempoh 24 jam lalu dijangkakan dapat melihat tekanan jualan paling tinggi.
Secara konteks, Celsius telah bertindak memfailkan perlindungan kebankrapan pada Julai 2022 sejurus selepas mengalami kekurangan dana pelanggan yang membawa kepada penggantungan pengeluaran sementara.
Meskipun begitu, syarikat tersebut menerima kebenaran daripada hakim AS untuk mencairkan pegangan altcoin bernilai $170 juta ke dalam BTC dan ETH bermula dari 1 Julai 2023.
Umum mengetahui perkembangan itu telah datang semasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celsius Alex Mashinsky ditahan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) atas kesalahan penipuan sekuriti, penipuan komoditi, penipuan wayar dan lain-lain.