3 Perkara Yang Perlu Diperhatikan Pelabur Saham Pada Hari Ini!

311

1. Laporan Alibaba Dengan Ekonomi China Yang Menjadi Perhatian.

Syarikat e-commerce China yang terbesar iaitu Alibaba akan mengeluarkan laporan hasil pendapatannya pada hari ini.

Data-data yang dikeluarkan dapat dijadikan sebagai proksi atau ukuran kepada keadaan pengguna di China disamping pergolakan perang dagang yang sedang berlaku.

Alibaba dijangkakan akan mengaut keuntungan $6.62 bagi setiap saham dengan jualan sebanyak $91.6 billion.

Pada hari Selasa, saham Alibaba ditutup pada paras harga $174.91 iaitu naik 3% dan menunjukkan peningkatan sebanyak 34.5% dari paras harga terendah yang dikecapi bulan Disember iaitu $130.

2. Data Jualan Peruncitan

Jabatan Peruncitan Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan peruncitannya pada bulan April.

Pakar ekonomi menjangkakan jualan runcit meningkat 0.2% pada bulan lepas. Manakala jualan runcit teras akan meningkat 0.7%.

Selain itu beberapa laporan seperti pengeluaran industri dan inventori perniagaan akan dikeluarkan.

3. Inventori Minyak

Jabatan Informasi Tenaga akan mengeluarkan data inventori minyak mingguan.

Penganalisis meramalkan inventori minyak akan jatuh sebanyak 800,000 tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat