3 Strategi Jack Ma Pengasas Alibaba Yang Berguna Untuk Trader

10,049

Hampir sembilan tahun lepas Alibaba iaitu syarikat e-commerce terbesar China membuat kemunculan pertama dalam bursa saham New York dengan harga Initial Public Offering (IPO) terbesar dalam sejarah Amerika pada waktu itu. Ia ditawarkan pada harga 68 US Dollar. Dari IPO itu, alibaba mengaut 21.8 Billion mengalahkan IPO Facebook yang hanya mencatatkan 16 Billion.

Dari kisah kejayaan ini, terdapat beberapa strategi Jack Ma, Founder Alibaba yang kita boleh ambil dan mengaplikasinya pada forex trading.

#1 Masuk Market Pada Masa yang Betul

Jack Ma tahu pada masa yang betul untuk masukkan Alibaba ke bursa saham dan terus meraih dana tertinggi dalam sejarah amerika sebanyak 21.8 Billion USD. Jack Ma menunggu hampir 15 tahun untuk mencari masa yang betul untuk memasuki NYSE sedangkan pada masa sebelum itu, dia boleh untuk masuk jika dia mahu sebab alibaba sudah menjadi nama besar dan bersedia untuk memasuki bursa saham. Tetapi dia tidak lakukan kerana apa? Kerana dia tahu ia bukanlah masa yang sesuai untuk memasukinya. Dan apabila masa yang tepat, dia terus memasukkan Alibaba ke dalam bursa saham.

Sama juga dengan forex, kita perlu tahu pada masa bila masa sesuai untuk masuk ke dalam market. Kita tidak boleh masuk dan ‘main agak-agak’ kerana ia sebuah business. Forex trading juga adalah sebuah model business. Perlu tahu masa masuk, dan perlu tahu masa keluar. Tidak boleh masuk order jika anda tak lakukan kajian terlebih dahulu, tak tahu berapa sanggup risikokan dan tak tahu berapa target untuk dapatkan keuntungan. Semua perlu dirancang dan masuk pada masa yang tepat beserta pengurusan risiko yang sangat ketat.

#2 Sabar dan Tekun kunci kejayaan

15 Tahun Jack Ma menunggu masa sesuai untuk ke Bursa Saham NYSE sekaligus menjadikan IPO terbesar dalam sejarah US. Syarikat dari China ini menjadi IPO terbesar di US. Kagum bukan? Adakah anda tahu yang kesabaran itu sangat penting, tak kira dalam apa-apa sahaja perniagaan. Ramai yang nak cepat kaya dalam forex, tidak sanggup belajar tetapi cita-cita untuk menjadi jutawan dengan forex trading. Tetapi nak analisis teknikal dan fundamental pun tak tahu atau malas ambil tahu. Kenapa? Tiada jalan mudah. Tiada jalan susah. Anda yang harus bersabar dan tekun fokus untuk berjaya.

Di sini saya nak tanya, berapa orang yang sanggup trade akaun demo berbulan-bulan untuk pastikan konsistan dalam teknik trading, sebelum cuma masuk risikokan akaun dengan duit real untuk belajar tentang emosi pula. Ada sesiapa? Ramai yang tak sanggup. Selepas belajar forex, terus masuk real trading, kononnya tiada feel. Tetapi anda akan ‘feel the pressure, emotional and physical’ jika langkahnya tak betul, dan kita sudah tahu mereka akan rugi. Ini didorong oleh perasaan tidak sabar dan mahu kaya cepat.

Dan masih ramai orang di Malaysia lebih rela masuk forex skim, skim pelaburan, duduk diam dapat duit, goyang kaki dapat duit, tidak mahu belajar, semua mahu senang. Selepas 1 tahun program bertahan merana. Adalah lebih baik anda ceburi dan belajar slow-slow mulai sekarang. Tiada duit, invest dalam bentuk masa kerana anda ada masa. Masa untuk belajar. Ambil masa untuk berjaya, anda akan rasa kemanisan forex trading.

#3 Start Small and Think Big

Jack Ma memulakan business Alibaba ini hanya dari apartment rumahnya pada 1999. Sekarang lihat, dia telah menjadi ‘taikun’ besar yang menempa nama di seluruh dunia. Semua orang kenal Alibaba laman web jual barang lebih dari kenal alibaba 40 penyamun. Dalam forex, berapa ramai sanggup start small, mula dengan USD 1000 dahulu untuk berlatih dengan kawalan law dan jurnal trading yang ketat, kembangkan nilai trading sejajar dengan modal trading untuk menjadi besar(think big).

Berapa ramai yang sanggup ? Ramai yang tak sanggup, sebab tu ramai yang tak ukur baju sendiri. Yang memang berduit tak apalah, mungkin memang 100K baginya sedikit, tetapi yang tidak berduit, sanggup buat personal loan untuk trade forex, walaupun ilmu forex masih sebulan dua. Habis loan, swipe credit card sehingga habis limit. Selepas rugi ‘berjudi’ iaitu trade tanpa analisa dan kawalan risiko yang betul, salahkan forex, kononnya memang forex inilah menyebabkan dia rugi habis duit family dan jadi miskin. Sampai bila nak salahkan keadaan sedangkan emosi tidak terkawal.

Akhir kata.
Ramai orang yang apabila lihat orang berjaya, terus rasa senang untuk berjaya. Adakah kita tahu tentang kesusahan yang dialami orang tersebut sebelum berjaya dan apakah pengalaman mencabar dan tahap kesabaran yang dilaluinya ? Kesabaran adalah perkara paling penting untuk berjaya.

Suka artikel yang disiarkan kami? Cepat Subscribe email VIP daripada kami dan kami akan kongsikan banyak lagi ilmu terbaik untuk anda.KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat