35 Tahun Bertahan, Akhirnya Toshiba Terkubur

963

35 tahun menempa nama dalam industri komputer riba, akhirnya Toshiba secara rasmi telah mengundur diri daripada sektor pembuatan komputer riba.

Dikatakan pada minggu lepas syarikat tersebut menjual baki kesemua sahamnya dalam perusahaan komputer riba, 19.1% kepada Sharp sebelum mengumumkan urusan jual beli saham tersebut telah selesai pada 4 Ogos lepas.

Sekitar dua tahun yang lalu pihak mereka telah menjual sebanyak 80.1% saham komputer riba kepada Sharp pada harga $36 juta dan jenama tersebut diperbaharui kepada nama baru, Dynabook.

Ini bermakna Dynabook sepenuhnya milik Sharp.

Toshiba tidak asing lagi dalam industri pengkomputeran. Bermula pada 1985 di mana buat kali pertama syarikat itu menembusi pasaran dengan produk komputer pertama, T1100.

T1100 telah mendapat sambutan hangat untuk tempoh yang lama dan merupakan antara produk komputer yang telah menyuburkan pertumbuhan industri komputer riba seluruh dunia, sehingga kemunculan PowerBook oleh Apple pada 1991.

Toshiba masih kekal dalam pasaran 1990-an dan 2000-an menerusi beberapa rangkaian produk komputer riba seperti Satellite, Portege dan Qosmio.

Berdasarkan rekod jualan komputer riba Toshiba pada 2011, mereka berjaya menjual sebanyak 17.7 juta unit berbeza pada 2017, hanya 1.4 juta unit berjaya dijual.

Kemunculan rangkaian produk komputer riba daripada pesaingnya seperti Dell, Apple dan Lenovo yang jauh lebih hebat dengan pelbagai ciri terpaksa diakui Toshiba yang mereka telah kalah dalam industri ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat