5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (10 – 14 Januari 2022)

889

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi AS (Rabu 9.30 Malam): Selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu, minggu ini pelabur akan memberi tumpuan terhadap data inflasi AS dengan jangkaan angka bacaan yang menurun bakal menambah tekanan terhadap US dolar.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Khamis 9.30 Malam): Memberi petunjuk terhadap inflasi pengguna, bacaan indeks PPI AS yang dijangka catat bacaan menurun akan turut mempengaruhi pandangan bank pusat terhadap dasar monetari.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 3.00 Petang): Pertumbuhan ekonomi UK diramalkan meningkat untuk bulan Disember dengan bacaan data GDP UK dijangka meningkat semula selepas penurunan pada bulan sebelumnya.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 9.30 Malam): Mengukur kadar perbelanjaan pengguna, data jualan runcit AS untuk penghujung 2021 lalu berkemungkinan lebih suram dengan kebimbangan risiko penularan varian coronavirus Omicron yang tercetus sebelum ini.

Data Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 11.00 Malam): Data yang akan menjadi penutup untuk dagangan minggu ini adalah sentimen keyakinan pengguna AS tinjauan University of Michigan. Bacaan awal yang diterbitkan minggu ini berkemungkinan akan lebih memberi kesan terhadap pergerakan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat