Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Selain tumpuan terarah pada pertambahan pekerjaan di UK sama ada berlaku peningkatan atau sebaliknya, pelabur juga akan menilai indeks purata pendapatan yang telah mencatatkan penurunan 3 bulan berturut-turut. Kadar pengangguran yang dijangka meningkat akan menambahkan tekanan buat dagangan matawang Pound.
Data Sentimen Ekonomi Eropah Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Peningkatan angka bacaan bagi tinjauan kesihatan ekonomi di Eropah telah berada di atas paras 70.0 sejak Ogos lalu dengan jangkaan terbaru turut meningkat. Namun, kadar peningkatan berkemungkinan boleh dijejaskan oleh penularan terbaru gelombang pandemik.
Data Inflasi AS (Selasa 8.30 Malam): Indeks harga pengguna di Amerika Syarikat untuk bacaan bulan September dijangka akan meneruskan trend penurunan sementara pelaksanaan pakej rangsangan masih lagi menjadi perbincangan.
Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pasaran bakal menjangkakan ekonomi Australia akan kehilangan pekerjaan sehingga angka 35,000 untuk bulan September selepas berjaya mencatatkan pertambahan 111,000 pekerjaan pada Ogos. Kadar pengangguran juga diramalkan turun meningkat kepada 7.1% daripada 6.8%.
Data Jualan Runcit AS (Jumaat 8.30 Malam): Dengan situasi pandemik yang melanda Amerika Syarikat, kadar jualan pada bulan September berkemungkinan mencatatkan penurunan ekoran aktiviti pengguna yang lebih terhad.