5 Big Tech Ini Bersiap-sedia Untuk Situasi Lebih Buruk

380

Gergasi teknologi Amerika Syarikat dijangka akan mengurangkan lebih banyak tenaga kerja dan kos dalam beberapa bulan akan datang, ramal penganalisis.

Ini susulan jangkaan kemerosotan berterusan dalam pendapatan syarikat pada suku keempat (Oktober-Disember) yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Menurut Reuters yang memetik kenyataan penganalisis dari firma pelaburan Ironhold Capital, lebih banyak pemberhentian pekerja dijangka akan berlaku untuk tiga suku akan datang.

Setakat ini, Amazon, Meta dan Microsoft adalah antara syarikat teknologi terbesar AS telah mengumumkan pengurangan pekerja mereka mulai tahun lalu.

Amazon, yang baru-baru ini mengumumkan akan memberhentikan 18,000 pekerja, dijangka melaporkan pendapatan merosot 38% dan berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh lebih 22 tahun.

Sementara Meta pula, yang memutuskan pada November untuk membuang 11,000 pekerjaan, diramalkan mencatatkan penurunan 42% dalam keuntungannya dan hasil jatuh sebanyak 7%.

Selain itu, Microsoft yang baru sahaja mengumumkan pemotongan 11,000 pekerja, dijangka akan menyaksikan kenaikan hasil paling perlahan sebanyak 2.4%, dengan keuntungan pula jatuh 9%.

Apple, pula diramalkan bakal melihat kejatuhan pertamanya dalam tempoh 15 suku, berikutan gangguan besar di kilang iPhone terbesar China akibat sekatan Covid-19.

Di samping itu, Alphabet dijangka akan melihat pertumbuhan hasil paling perlahan dalam 10 suku, setelah memperlahankan pengambilan pekerja dan membuat pembetulan kursus untuk mengurangkan kos.

Mendepani prospek ekonomi global yang menyuramkan, tidak mustahil sekiranya syarikat-syarikat tersebut akan terus melaksanakan pengurangan pekerja bagi mengimbangi kerugian yang dialami ekoran penurunan permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat