5 Perkara Tumpuan Yang Berlaku Dalam Pasaran Saham Pada Hari Ini!

487

1. Pasaran Hadapan Melonjak Naik Dengan Kadar Sederhana.

Pasaran hadapan AS melonjak naik secara sederhana pada hari Rabu. Para pelabur mengecilkan pelaburan ekuiti mereka berikutan hari cuti Kemerdekaan AS pada hari Khamis dan laporan pekerjaan AS pada hari Jumaat.

Bursa saham Dow Jones naik 64 mata, pasaran hadapan S&P 500 mencatat peningkatan 7.65 mata. Manakala pasaran hadapan bursa Nasdaq 100 naik 31 mata.

Pasaran bon kerajaan di seluruh dunia meneruskan peningkatan berikutan sentimen para pelabur terhadap isu AS-China sudah mulai memudar dan memberi tumpuan pada prospek pertumbuhan global.

Saham-saham Eropah diperdagangkan kukuh berikutan spekulasi pelonggaran polisi monetari. Makala bursa saham Asia ditutup lemah.

2. Tumpuan Pada Laporan Pekerjaan ADP Pada Hari Rabu.

Berikutan pasaran saham AS dan pejabat kerajaan cuti pada hari Khamis kerana cuti Hari Kemerdekaan AS. Jadual Ekonomi AS pada hari Rabu menjadi padat.

Antara laporan menjadi tumpuan para pelabur ialah laporan pekerjaan ADP dan laporan data PMI bukan-perkilangan tinjauan ISM.

Rujuk disini untuk maklumat lanjut.

3. Rekod Penjualan Tesla Menembusi Sasaran Pada Suku Kedua 2019

Tesla mencatat peningkatan dalam penjualan dan pengiriman kereta elektrik pada suku tahun kedua. Sebanyak 77,550 model 3 telah dihantar pada suku tahun kedua. Menurut Teslah, jumlah pengiriman naik 51% jika dibandingkan pada suku kedua tahun lepas.

Saham Tesla naik sebanyak 7% setelah laporan tersebut dikeluarkan.

4. Trump Cadangkan 2 Calon Untuk Dewan The Fed.

Presiden A.S. Donald Trump mengumumkan melalui Twitter bahwa beliau bercadang untuk mencalonkan Christopher Waller, presiden eksekutif di Federal Reserve St. Louis, dan Judy Shelton, pengarah dari Bank Eropah untuk pembinaan dan pembangunan.

5. Saham Symantec Melonjak Naik

Saham Symantec melonjak naik dalam pradagang pada hari Rabu susulan laporan yang mengatakan syarikat pembuatan chip Broadcom sedang berunding untuk membeli syarikat sekuriti siber.

Sahama Symantec naik 19.19% kepada $26.34 dalam pra perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat