5 Tanggapan Salah Tentang Forex Trading Yang Anda Perlu Elak Jika Anda Ingin Berjaya Dalam Forex

9,881

1. Trade Forex Boleh Untung 1000% Sehari

Ramai yang war-warkan jika anda ada sedikit duit pun, anda sudah boleh trade forex dan terus untung berganda-ganda dari nilai tersebut. Ini bukan trading namanya, jika begini, ini dipanggil ‘gamble’. Anda judikan duit anda.

Forex adalah satu perniagaan ‘high risk, high return’, di mana bagi orang yang selalu gagal dalam forex meletakkan harapan sehari boleh untung 1000%. Saya tidak cakap tidak boleh, tapi rata-rata adalah selalu gagal jika tanam cita-cita tidak realistik ini. Jika anda mempunyai impian yang serupa, sila tinggalkan forex. Forex tidak layak untuk anda. Forex juga adalah salah satu cabang perniagaan yang memberikan keuntungan realistik sekitar 20%-30% Sebulan. Rata-rata trader forex yang mengimpikan pendapatan begini atas modal yang di dagangkan datang dari golongan yang konsisten dan berjaya.

2. Forex Adalah Semudah ‘Buy and Sell’

Saya rasa tak salah jika anda anggap sesuatu itu adalah mudah, tetapi apa sahaja perniagaan perlukan ilmu. Anda perlu betul-betul tahu kenapa anda beli dan jual sesuatu pasangan matawang. Ia tidak boleh ikut sedap rasa sahaja. Kerana kenaikkan matawang tersebut tidak mengikut rasa kita. Jika boleh trade dengan main rasa-rasa sahaja, anda boleh semak majalah Forbes tahun hadapan, penuh dengan muka-muka trader forex, dan pastinya muka saya di cover page. (chuckle).

3. Trader Forex Adalah Orang Kaya Punya Kereta Ferrari

Ramai yang matikan niat untuk belajar trade forex selepas berjumpa rakannya yang juga trader forex, atau seseorang yang juga trader forex. Pakai kereta kecil, hidup terumbang ambing, bab duit ni memang anda lebih hebat darinya dan terfikir, kenapa aku ingin trade forex kalau dia yang aku dengar jadi trader dah 2 tahun tapi masih susah. Di sini saya nak pesan satu perkara. Anda salah anggap. Ya, anda memang jumpa trader forex, tapi yang belum berjaya. Kenapa anda perlu samakan pencapaiannya dalam bidang forex trading dengan pencapaian yang anda bakal kecapi ?

Tambah-tambah jika anda mendengar mereka mengeluh. Forex rugi, itu dan ini. Jangan dengar dari yang rugi, pergi cari trader yang untung. Maksudnya full time trader. Tapi perlu tahu yang betul-betul lah, jangan dengar dari yang cakap besar pula.

Mungkin beliau bukan betul-betul trader forex yang trade guna ilmu. Mungkin beliau memang trader forex, tapi tengah struggle keluar dari hutang yang lepas. Hutang-hutang kredit kad beliau pun hampir habis di bayar guna keuntungan forex. Atau mungkin anda jumpa orang yang salah. Mungkin beliau ada masalah keluarga yang lain, dan pastinya judge sesebuah profession tersebut dari pandangan kasar. Pergi jumpa yang dah berjaya. Tak semua trader forex sama. Sama macam pekerja bank. Tak semua yang bekerja di bank itu senang. Ada yang susah, ada yang ada masalah keluarga, ada yang masih hutang dengan ahlong. Adakah anda akan kata, bank tersebut tak mampu bayar gaji mereka, ataupun bank tersebut tak buat keuntungan? Ridiculous!

Pencapaian sesuatu bidang bergantung kepada diri sendiri.

4. Forex Adalah Skim Cepat Kaya

Forex bukan skim cepat kaya. Tapi ada yang kaya cepat dengan forex. Bagaimana? Dengan ilmu. Ilmu dan kepandaian mempercepatkan perjalanan sesuatu bidang. Jika anda rasa malas mengkaji, malas untuk segalanya, bidang forex ini tak sesuai untuk anda. Ia sama seperti saham. Jual beli. Ada naik dan turun. Tapi jika anda nak cepat kaya, perlulah di kira Return on Investment dalam business, betul tak ? Dan ia perlulah realistik dengan modal kita. Jangan harap jika anda masukkan USD100 dan berharap anda akan mendapat pulangan RM20 ribu 30 ribu sebulan. Tapi tak salah jika anda rasa USD100 itu untuk belajar rasa feel trading dengan real money.

5. Forex Adalah Sebuah Perniagaan Yang Rugi.

Forex dan rugi, rugi dan forex seolah-olah sinonim. Kerana? Gambler yang malas menuntut ilmu dan mengaku sebagai trader. Sebaliknya beliau ‘gamble’ dengan modal, setelah rugi di persalahkan model business ini. Tak berapa adil saya rasa. Sama seperti perniagaan goreng pisang. Jika anda tiada ilmu goreng pisang yang sedap, anda habiskan modal anda, beli kiosk, periuk, kuali, minyak, pisang, tepung dan tanpa tahu tempat strategik untuk berniaga, anda pun mula pergi berniaga goreng pisang. Itu ‘gamble’ namanya. Sah-sah jika tak kena gaya anda akan rugi. Sama juga macam forex. Ilmu itu penting. Dan bukan ilmu-ilmu ikutan. Ambil masa, belajar, biasakan diri trading di demo akaun. Dah biasa buka real akaun, deposit sedikit dahulu.

Nak baca lagi tips-tips forex trading power macam ni? KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat