6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (12-16 April 2021)

740

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK (Selasa 2.00 Petang): Laporan KDNK bulanan UK dijangka akan kembali peningkatan kepada 0.5% untuk bulan Februari selepas penguncupan -2.9% pada bulan sebelumnya.

Data Inflasi AS (Selasa 8.30 Malam): Laporan indeks harga pengguna Amerika Syarikat yang diterbitkan akan turut diberi tumpuan oleh Federal Reserve (Fed). Jangkaan bacaan data untuk bulan Mac sedikit meningkat berbanding bulan sebelumnya, akan memberikan perspektif positif terhadap perbelanjaan pengguna AS.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Malam): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah untuk mesyuarat polisi yang terbaru di paras 0.25%. Kenyataan susulan oleh bank pusat akan memberi petunjuk kepada pelabur terhadap unjuran polisi di masa hadapan.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Dijangka akan memberi tekanan terhadap dagangan dolar Aussie pada minggu ini adalah ramalan penurunan pada angka pertambahan pekerjaan di Australia untuk bulan Mac. Manakala, kadar pengangguran dijangka menurun kepada 5.7% daripada 5.8% sebelumnya.

Data Jualan Runcit AS (Khamis 8.30 Malam): Pasaran menjangkakan lonjakan pada kadar jualan runcit di Amerika Syarikat pada bulan Mac selepas bacaan merosot pada Februari. Bacaan positif data akan memberi petunjuk bagi pemulihan ekonomi AS.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China (Jumaat 10.00 Pagi): Bacaan data KDNK yang diterbitkan adalah mewakili perbandingan suku pertama tahun ini dengan suku yang sama tahun lalu. Pasaran menjangkaan perbezaan angka bacaan yang lebih baik oleh China berbanding tahun lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat