6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 Jun 2021)

700

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Bacaan laporan yang positif akan menjadi faktor menyokong pemulihan ekonomi di UK. Bagi bacaan bulan April, indeks purata pendapatan dijangka untuk meningkat kepada 4.9% daripada 4.0%, tuntutan faedah pekerjaan diunjur meningkat kepada 25,000 sementara kadar pengangguran diramalkan menurun kepada 4.7% berbanding 4.8% sebelumnya.

Data Jualan Runcit AS (Selasa 8.30 Malam): Pelabur terus meneliti data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk menilai kesihatan ekonomi terbesar dunia itu. Kadar jualan runcit akan memberi petunjuk terhadap sektor pengguna dengan jangkaan angka bacaan terbaru bagi bulan Mei sedikit menurun.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selain kebimbangan penularan virus di UK, data-data ekonomi UK masih lagi menunjukkan bacaan yang positif. Kadar inflasi melalui data indeks harga pengguna UK yang akan diterbitkan turut akan menjadi perhatian pada minggu ini. Angka bacaan yang meningkat akan menyokong pengukuhan bagi nilai mata wang Pound dalam pasaran.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Selepas laporan NFP dan data inflasi AS diterbitkan pada minggu-minggu lalu, tumpuan pada minggu ini beralih pula kepada mesyuarat FOMC bagi menetapkan dasar monetari. Adakah NFP yang bercampur dan inflasi yang menurun akan mendorong Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan polisi longgar?

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Malam): Selepas kehilangan 30,600 pekerjaan pada April, Australia dijangka untuk mencatatkan pertambahan pekerjaan kepada 30,500 untuk Mei sementara kadar pengangguran dijangka tidak berubah di paras 5.5%.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 3.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah terendah pada -0.75% dan kenyataan susulan oleh bank pusat akan menjadi petunjuk bagi pelabur bagi polisi monetari untuk masa hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat