6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 November 2021)

1,011

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Selasa 5.00 Petang): Menjadi tumpuan adalah bacaan pada sektor ekonomi di Jerman khususnya sebagai ekonomi terbesar Eropah. Berdasarkan ramalan, angka bacaan untuk November dijangkakan sedikit menurun berbanding bulan sebelumnya namun masih berada pada paras yang stabil.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Selasa 5.30 Petang): Walaupun bank pusat England masih mengekalkan dasar monetari yang longgar meleset berbanding jangkaan pasaran, namun sektor ekonomi UK dijangka masih berkembang pada kadar yang baik.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Selasa 10.45 Malam): Ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih dinilai positif dan memberi keyakinan kepada para pelabur selepas unjuran pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed). Sektor ekonomi semasa AS juga dilihat akan turut mencatatkan perkembangan yang meningkat menuju ke penghujung 2021.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 9.00 Pagi): Mata wang dolar New Zealand (NZD) dijangka akan mencatatkan peningkatan nilainya pada minggu ini berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat polisi terbaru.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Rabu 9.30 Malam): Bacaan awal bagi pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat untuk suku ketiga akan dinilai pelabur pada minggu ini dengan jangkaan sedikit peningkatan pada angka bacaan.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Pelabur bakal meneliti butiran lanjut pada minit mesyuarat FOMC yang berlangsung sebelum ini. Selepas Fed memberi isyarat untuk langkah pengetatan polisi, petunjuk tambahan akan diteliti untuk memberi sokongan terhadap pergerakan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat