Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Selasa): Dalam mesyuarat terbaru, Bank of Japan (BOJ) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah. Sementara, kenyataan oleh bank pusat terhadap polisi monetari akan menjadi tumpuan dengan jangkaan polisi yang longgar akan diteruskan.
Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Bacaan bagi indeks harga pengguna di Australia untuk suku pertama tahun 2021 akan diterbitkan pada minggu ini. Angka bacaan diramalkan kekal seperti suku sebelumnya.
Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) untuk kali ketiga tahun ini dijangka masih akan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.25%. Pelabur menjangkakan Fed untuk meneruskan pelonggaran polisi untuk menyokong ekonomi. Sementara, kenyataan bernada hawkish oleh Fed akan mengukuhkan nilai mata wang US dolar dalam pasaran.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Pagi): Bacaan awal untuk pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat bagi suku pertama 2021 akan diterbitkan. Jangkaan angka bacaan untuk meningkat kepada 6.5%.
Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Jumaat 9.00 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, perkembangan sektor ekonomi di China akan terus menjadi perhatian pelabur. Namun bacaa data terbaru bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan dilihat kekal positif.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Kanada akan menerbitkan laporan KDNK bulanan di penghujung minggu ini. Ekonomi Kanada dijangka catat pertumbuhan 0.9% untuk Februari, meningkat berbanding 0.7% pada Januari.