6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-10 Julai 2020)

854

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Perkhidmatan US Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Indeks data PMI perkhidmatan merekodkan angka penguncupan di bawah paras 50 selama 2 bulan berturut-turut. Bacaan terbaru dijangkakan akan kembali ke paras 50 dengan jangkaan pengembangan berterusan didorong faktor pemulihan semula ekonomi.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka masih akan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.25% sejak Mac lalu. Pelabur berwaspada menantikan isyarat perubahan polisi oleh RBA memandangkan ekonomi Australia memaparkan penguncupan untuk suku kedua.

Pengeluaran Perindustrian Jerman (Selasa 2.00 Petang): Bacaan data pengeluaran dijangka akan kembali meningkat positif semula 10.1% untuk bulan Mei selepas bacaan sebelumnya menyusut sehingga -17.9%. Pemulihan pada bacaan data akan memberi isyarat aktiviti ekonomi di Jerman bertambah baik.

Data Inflasi China (Khamis 9.30 Pagi): Bacaan bagi indeks harga pengguna tahunan di China untuk bulan Jun dijangka akan meningkat kepada 2.5% selepas pamerkan penurunan kepada 2.4% pada sebelum ini dari paras 3.3% ekoran ekonomi yang masih terkesan akibat Covid-19.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran US (Khamis 8.30 Malam): Kekal menjadi data tumpuan setiap minggu, bacaan data masih menunjukkan angka yang tinggi dengan kadar penurunan yang perlahan. Bacaan minggu lalu sekitar 1.4 juta tuntutan dicatatkan, meleset berbanding jangkaan penurunan kepada 1.35 juta.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Walaupun ekonomi Kanada masih pada tahap membimbangkan, namun pertambahan pekerjaan untuk bulan Jun dijangka meningkat kepada 550,000 menyusuli lonjakan pada bacaan sebelumnya. Kadar pengangguran juga dijangka sedikit susut kepada 12.5% berbanding 13.7% sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat