6 Institusi Kewangan Fail Petisyen Mahu Serba Dinamik ‘Gulung Tikar’

16,308

‘Ingat dah settle tapi ada isu baru pulak, nasib kau lah Labu.’

Rasanya hampir selesai kes mahkamah melibatkan syarikat minyak dan gas, Serba Dinamik Holdings Bhd namun muncul pula masalah baru melibatkan isu tunggakan hutang.

Terbaharu, 6 pemiutang telah memfailkan petisyen *penggulungan (winding-up) terhadap syarikat tersebut termasuk 3 anak syarikatnya.

*Petisyen untuk mendapatkan Perintah Mahkamah terhadap sesuatu syarikat yang boleh menyebabkan reputasinya jatuh dan kerosakan pada perniagaan namum masih boleh kekal berdagang.

Antara 6 pemiutang tersebut adalah institusi kewangan yang telah menyediakan RM1.2 bilion dalam pembiayaan bertempoh bersindiket seperti di bawah:

  • AmBank Islamic Bhd.
  • Standard Chartered Saadiq Bhd.
  • HSBC Amanah Malaysia Bhd.
  • MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
  • United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.
  • Bank Islam Malaysia Bhd.

Difahamkan, bawah Seksyen 465(1)(e) dan Seksyen 466(c) Akta Syarikat 2016, Serba Dinamik Holdings Bhd serta Serba Dinamik International Ltd (SDIL), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) boleh dikenakan tindakan undang-undang akibat gagal membayar ansuran RM99 juta pada 20 Disember 2021.

Sementara itu, petisyen tersebut juga difailkan atas alasan Serba Dinamik gagal memenuhi obligasi pembayaran RM1.78 bilion dalam pembiayaan bertempoh bersindiket.

Perkara ini secara tidak langsung telah membuatkan Serba Dinamik dikenakan status Practice Note 17 (PN17) pada 6 Januari 2022.

Sebagai peringatan, pada Disember lalu Serba Dinamik serta 4 eksekutifnya ketika itu sedang menghadapi dakwaan mahkamah mengenai kenyataan palsu melibatkan laporan syarikat bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2020.

Isu tersebut berlarutan sehingga April 2022 sebelum Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut ekoran surat representasi.

Selain itu, Suruhanjaya Sekuriti juga mengenakan kompaun RM3 juta kepada Serba Dinamik Holdings Bhd bersama ketua pegawai eksekutif, pengarah eksekutif dan dua pegawainya kerana mengemukakan penyata kewangan palsu kepada Bursa Malaysia.

Nota penulis:

Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Intraday.my titipkan,
Buat pembaca dan kenalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat