7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (16-20 Januari 2022)

381

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data KDNK China (Selasa 10.00 Pagi): Pertumbuhan ekonomi China untuk suku terakhir 2022 yang lalu diramalkan suram dengan tekanan kes Covid-19 yang kembali meningkat dan juga pelaksanaan langkah sekatan pergerakan. Angka diramalkan catatkan peningkatan lemah kepada 1.6% berbanding 3.9% suku sebelumnya.

Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Laporan pekerjaan yang diterbitkan akan dinilai dan akan mempengaruhi keputusan dasar monetari bank pusat England (BOE) pada mesyuarat yang akan berlangsung di awal Februari nanti.

Data Inflasi Kanada (Selasa 9.30 Malam): Bacaan data indeks harga pengguna Kanada ini akan memberi isyarat penting terhadap perubahan pada dasar moentari bank pusat Kanada (BOC) yang dijangka akan lebih diperlahankan pada tahun ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Rabu): Pelabur menantikan sekiranya bakal ada perubahan pada penetapan dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) selepas terdapat petunjuk baru sebelum ini dengan penilaian terhadap kesan pelonggaran polisi ke atas ekonomi Jepun.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Kadar inflasi di UK masih di tahap yang membimbangkan selepas mencapai rekod tertinggi 40 tahun ke paras 11.1% pada Oktober 2022. Penurunan inflasi diramalkan berlaku, namun pada tempo yang perlahan.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Rabu 9.30 Malam): Data PPI Amerika Syarikat yang akan diterbitkan bersama data jualan runcit diramalkan catat bacaan yang suram untuk Disember. Ini akan memberi kesan negatif terhadap pergerakan US dolar.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pertambahan pekerjaan di Australia untuk bulan Disember lalu diramalkan lebih perlahan kepada 21,200 selepas alami lonjakan pada bulan sebelumnya pada 64,000. Sementara kadar pengangguran diramal kekal di paras 3.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat