7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27-31 Mei 2024)

612

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (28 Mei 2024)

Data Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Laporan tinjauan keyakinan pengguna The Conference Board yang akan diterbitkan ini boleh mempengaruhi pergerakan semasa mata wang US dolar. Ramalan angka tinjauan untuk Mei adalah sedikit menurun berbanding bulan lalu.

RABU (29 Mei 2024)

Data Inflasi Australia (9.30 Pagi) – Bacaan indeks harga pengguna Australia akan diperhatikan bank pusat dalam membuat keputusan untuk dasar monetari mereka yang selanjutnya. Inflasi pada April diunjurkan menurun semula.

Data Inflasi Jerman (Sesi Eropah) – Bacaan awal inflasi Jerman untuk Mei dijangka catat angka yang lebih rendah. Ini dilihat menyokong rancangan bank pusat untuk memulakan langkah pemotongan kadar faedah.

KHAMIS (30 Mei 2024)

Data KDNK AS (8.30 Malam) – Pertumbuhan ekonomi AS untuk suku pertama akan terus dinilai menerusi bacaan data kedua yang bakal diterbitkan. Setelah catat angka rendah pada bacaan pertama bulan lalu, pasaran jangkakan angka terbaru adalah lebih rendah.

JUMAAT (31 Mei 2024)

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan China (9.30 Pagi) – Bakal pengaruhi sentimen pasaran global, data sektor penting ekonomi China akan turut dinilai. Sektor pembuatan dan perkhidmatan dijangka catat bacaan yang positif bagi bulan Mei.

Data KDNK Kanada (8.30 Malam) – Pertumbuhan bulanan ekonomi Kanada dijangka kurang memberangsangkan untuk Mac lalu dengan penurunan ke paras sifar berbanding bulan sebelumnya pada 0.2%.

Data Indeks Harga PCE AS (8.30 Malam) – Bakal memacu pergerakan US dolar di penutup minggu ini, komponen inflasi ini akan turut menjadi perhatian Fed untuk menilai keputusan perubahan dasar monetari mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat