7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (21-25 September 2020)

1,095

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Sejak penurunan terbesar kadar faedah oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada Mac lalu ketika permulaan krisis pandemik, kadar faedah terus kekal di paras terendah 0.25% tidak berubah. Dengan kesan ekonomi yang masih berisiko, pelabur akan meneliti unjuran terbaru bank pusat terhadap polisi yang akan dilaksanakan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Rabu 4.00 Petang): Sebelum data eropah diterbitkan, bacaan data PMI di Perancis dan Jerman akan menjadi perhatian lebih awal. Bacaan data yang baik bakal menyokong pergerakan matawang Euro dalam pasaran.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Rabu 4.30 Petang): Sejak Jun lalu, bacaan data PMI di UK kekal berada di atas paras 50 yang memisahkan antara pengembangan dan penguncupan ekonomi. Bacaan data yang baik akan menyokong dagangan Pound dan mengimbangan kesan penyusutan akibat ketidaktentuan Brexit.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Rabu 9.45 Malam): Di sesi New York pula, data PMI bagi Amerika Syarikat (AS) akan menyusul. Walaupun berdepan risiko penularan, namun beberapa bacaan data ekonomi AS masih memaparkan angka yang positif.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 3.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras rendah -0.75% tidak berubah seperti sebelum ini. Unjuran polisi bank pusat akan diberi tumpuan oleh pelabur.

Data Iklim Perniagaan Jerman ifo (Khamis 4.00 Petang): Data tinjauan ifo ini akan memberikan gambaran berkenaan kesihatan semasa bagi ekonomi Eropah melibatkan aktiviti perbelanjaan, pelaburan dan sebagainya.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Jumaat 8.30 Malam): Jangkaan untuk angka bacaan yang menurun bakal memberi kesan penyusutan US dolar pada dagangan penghujung minggu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat