7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-10 Januari 2020)

729

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi Zon Eropah (Selasa 6.00 Petang): Indeks harga pengguna zon Eropah pada November lalu catat bacaan memberangsangkan 1% tahunan sementara bacaan teras meningkat 1.3%, mencapai paras tertinggi sejak 2013. Bacaan awal inflasi untuk Disember 2019 dijangka kekal di paras tersebut yang dipantau bank pusat.

Data PMI Bukan-Pembuatan AS Tinjauan ISM: (Selasa 11.00 Malam): Sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat berkembang pada kadar memuaskan sepanjang 2019. Bacaan data bagi Disember 2019 akan turut memberi petunjuk terhadap data pekerjaan AS pada Jumaat ini.

Data ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 9.15 Malam): Bacaan data ADP pada November lalu menurun sekitar 60,000 pekerjaan sahaja jauh lebih rendah berbanding jangkaan. Laporan bagi Disember dijangka akan kembali meningkat dan akan mempengaruhi laporan pekerjaan rasmi.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Khamis 3.00 Petang): Bacaan data sepanjang tahun 2019 agak merosot ekoran dipengaruhi oleh faktor risiko kegawatan ekonomi. Bacaan data bagi November 2019 dijangka akan mencatatkan peningkatan berbanding sebelumnya.

Data Jualan Runcit Australia (Jumaat 8.30 Pagi): Bacaan data jualan runcit di Australia dilihat merosot pada penghujung tahum 2019. Data mempamerkan penurunan 3 bulan berturut-turut sebelum ini dan dijangka bacaan data terbaru akan kembali meningkat.

Laporan Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 9.30 Malam): Laporan NFP bulan lalu menunjukkan lonjakan ketara pada pertambahan pekerjaan di AS dengan angka 266,000. Pasaran menjangkakan bacaan laporan terbaru akan sedikit menurun dengan ramalan purata pendapatan akan meningkat. Kadar pengangguran AS dijangka kekal di paras 3.5%.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Turut dikeluarkan bersama laporan data pekerjaan NFP, pekerjaan di Kanada dijangka mencatatkan pertambahan kembali pada Disember selepas ekonomi kehilangan 71,200 pekerjaan pada bulan sebelumnya yang memudaratkan dagangan dolar Kanada.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat