7 Wilayah Di Jepun Diisytiharkan Darurat!

1,016

Berikutan dengan peningkatan kes akibat daripada wabak coronavirus, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengisytiharkan perintah darurat di beberapa wilayah dalam negara berkenaan. Terkini, negara itu telah mencatatkan sebanyak 3,906 kes dengan jumlah kematian sebanyak 92.

Menurut Perdana Menteri berkenaan, terdapat peningkatan kes jangkitan baharu secara mendadak khususnya di bandar Tokyo dan Osaka. Justeru itu, pihak kerajaan telah memperoleh kelulusan daripada pasukan petugas khas yang memantau situasi kesihatan semasa bagi melaksanakan perintah darurat.

Oleh yang demikian, sebanyak 7 wilayah di negara tersebut telah diisytiharkan sebagai darurat seperti Tokyo, Chia, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka. Berikutan dengan pengisytiharan itu, setiap gabenor di wilayah terbabit telah diberikan kuasa untuk menggesa orang ramai supaya tidak keluar dari rumah dan setiap premis perniagaan mestilah ditutup.

Sementara itu, perintah darurat ini akan berkuatkuasa bermula pada tengah malam ini. Tambahan daripada itu, tempoh kuarantin tersebut akan berjalan dalam tempoh sebulan.

Walau bagaimanapun, operasi pengangkutan awam tidak akan dihentikan, sebaliknya pihak berkuasa akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan serta mengelakkan kontak rapat sesama penumpang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat