70 PIPS Potensi Profit Pada EUR/USD

815

Matawang USD kembali menunjukkan pengukuhan pada awal dagangan hari ini setelah mengalami kejatuhan nilai sejak penghujung dagangan minggu lalu. Faktor utama yang mempengaruhi USD buat masa ini adalah isu rundingan dagang yang bakal diteruskan minggu ini di Washington serta ekonomi di Amerika Syarikat yang berada pada tahap yang membimbangkan.

Jika rundingan dagang memberikan keputusan yang positif, matawang USD dijangka akan lemah berikutan pelabur yang melihat sentimen pasaran yang selamat akan beralih pelaburan ke arah aset yang berisiko dan memberikan pulangan yang tinggi.

Sebaliknya jika rundingan dagang memberikan keputusan yang tidak menyenangkan, sentimen pasaran yang kembali berisiko akan memberi kelebihan terhadap nilai dagangan USD atas faktor matawang berstatus safe-haven.

Sementara itu, matawang Euro masih didagangkan berisiko berikutan faktor kemerosotan pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah. Sementara menunggu mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat pada minggu ini, Euro berjaya mengukuhkan sedikit dagangan pada permulaan minggu ini di mana turut didorong oleh kelemahan matawang USD semalam.

Pandangan teknikal, dagangan pasangan matawang EUR/USD kembali menguji paras tumpuan 1.1300. Jika anda perhatikan pergerakan harga pada dagangan semalam, harga menguji paras 1.1300 yang merupakan zon RBS (resistance become support) tersebut namun gagal membuat penurunan ke paras lebih rendah.

Adakah paras support baru yang terbentuk pada 1.1300 merupakan isyarat awal terhadap perubahan trend pada EUR/USD atau kelemahan Euro akan menekankan kembali harga ke paras lebih rendah dari paras terendah semasa yang dicatatkan pada Jumaat lalu?

Jika harga gagal tembusi paras RBS 1.1300, pergerakan harga boleh mencapai 70 Pips kenaikan menuju ke paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Line. Dan sekiranya harga terus membuat penurunan semula, penurunan 70 Pips harga bakal menguji kembali paras terendah harga pada EUR/USD sekitar paras 1.1234.

Lihat gambar chart EUR/USD di bawah dan teliti paras yang menjadi tumpuan harga untuk memberikan idea untuk peluang trade dengan mengambil kira kawalan risiko yang terbaik.

 

 

Lihat juga paras support dan resistance yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line yang sering menjadi tarikan harga ke paras-paras tersebut.

Paras support: 1.1286, 1.1264, 1.1241.

Paras resistance: 1.1331, 1.1355, 1.1377.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat