78 Individu Berputih Mata $430 Juta Bitcoin Lesap!

900

Waterloo, Ontario mungkin negeri pertama Kanada yang mengeluarkan amaran penipuan matawang kripto selepas 78 penduduk menjadi sindiket tersebut pada tahun ini.

Dilaporkan penduduk Waterloo telah kehilangan lebih daripada $430,000 sepanjang 2020 dan pada Julai sahaja mencatatkan 29 mangsa daripada jumlah keseluruhan, 78 mangsa.

Berdasarkan laporan, jenayah yang dilakukan melibatkan penyamaran pegawai kerajaan meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam beberapa mesin ATM Bitcoin (BTC), mendakwa kononnya terdapat kesalahan undang-undang.

Salah seorang mangsa telah didakwa membuka sebanyak 25 akaun bank melakukan penyelewengan wang. Mangsa kemudian diminta untuk memasukkan deposit sebanyak CAD $10,000 ke beberapa mesin ATM BTC untuk menyelesaikan kes palsu itu.

Sebelum ini juga terdapat penipuan BTC yang melibatkan CEO Ryanair, Michael O’Leary hingga memaksa individu itu menyamakan Bitcoin dengan program MLM, Ponzi berikutan berita palsu yang melibatkan identitinya yang ‘dicuri’ untuk tujuan promosi matawang kripto.

Lebih membimbangkan apabila Canadian Anti-Fraud Center mendedahkan pada tujuh bulan pertama 2020, sebanyak 23,655 laporan panggilan palsu berkaitan penipuan BTC diterima.

Susulan daripada itu, Canadian Radio-television and Telecommunications Commission telah menggiatkan usaha menjejaki panggilan yang dilakukan oleh penjenayah.

Waterloo Regional Police Service memandang serius terhadap isu ini dan telah melancarkan kempen ‘Fraud Awareness’ sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dalam sindiket penipuan BTC.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat