8 Tahun Berlalu, Akhirnya Dogecoin (DOGE) Terbitkan Roadmap Untuk Pertumbuhan Rangkaian!

1,728

Akhirnya, pelabur kripto Dogecoin (DOGE) sudah boleh mengintai roadmap yang diterbitkan baru-baru ini, itupun selepas 8 tahun aset ini dilancarkan.

Barangkali penerimaan koin sebagai aset utiliti mendorong pembangunnya, Dogecoin Foundation untuk membentangkan beberapa projek terbaharu DOGE.

4 projek terbaharu yang dimaksudkan termasuklah:

  1. Pelancaran laman web rasmi Dogecoin.com
    • Menerusi laman web ini, pengguna atau pemilik DOGE boleh melawati ruang soalan lazim (frequently asked question, FAQ) di bahagian Dogepedia.
  2. Penubuhan Libdogecoin
    • Merujuk kepada ruang yang membolehkan sesiapa sahaja mencipta produk berkaitan DOGE tanpa perlu adanya pengetahuan berkaitan fungsi kripto.
  3. Wujudnya Standard Dogecoin
    • Memainkan peranan dalam mengurangkan paras kesukaran dalam penciptaan produk Dogecoin untuk pembangun yang berpotensi.
    • Menggalakkan pertumbuhan pembangun di rangkaian Dogecoin.
  4. Projek GigaWallet
    • Membolehkan pembangun untuk integrasikan transaksi DOGE ke dalam platform mereka sama seperti yang boleh dilakukan di platform penyedia pembayaran lain.
    • Projek ini juga terbuka kepada penyedia pembayaran, pembangun permainan, platform media sosial, dan runcitan untuk menambah DOGE ke dalam infrakstruktur mereka.

Sementara itu, Dogecoin Foundation turut bekerjasama dengan Vitalik Buterin untuk mewujudkan Komuniti Staking berdasarkan konsensus Proof of Stake (PoS), malah lebih banyak projek dan rancangan akan diumumkan pada 2022.

Nampaknya, kena tunggu lagi la ye?

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.18 dengan peningkatan hampir 1% dalam 24 jam. Aset ini perlukan peningkatan harga sehingga lebih 74% untuk menebus kembali nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.74 pada 8 Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat