9 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Mei 2020)

1,030

Berikut merupakan data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Tiga komponen data pekerjaan yang menjadi tumpuan pelabur adalah data tuntutan pengangguran, indeks purata pendapatan 3 bulan serta kadar pengangguran di UK. Bacaan yang lemah akan terus memberi tekanan terhadap matawang Pound.

Sentimen Ekonomi ZEW (Selasa 5.00 Petang): Sentimen ekonomi di zon Eropah tinjauan ZEW khususnya di Jerman telah mencatatkan kenaikan pada bacaan sebelum ini. Bacaan terbaru dijangka akan diterbitkan di sekitar bacaan sebelumnya.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Inflasi pengguna terus lemah dengan penurunan kepada 1.5% pada Mac dan terendah dalam tempoh 4 bulan. Dengan ekonomi yang masih bergerak perlahan, bacaan dijangka akan kekal rendah.

Data Inflasi Zon Eropah (Rabu 5.00 Petang): Bacaan awal bagi kadar inflasi di zon Eropah pada April menurun kepada 0.4% berikutan kelumpuhan ekonomi yang dialami terkesan oleh wabak covid-19. Bacaan akhir dijangka tidak berubah.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Minit mesyuarat FOMC akan menjadi tumpuan pelabur untuk butiran lebih terperinci selepas kadar faedah dikekalkan di paras 0.25% pada penghujung April lalu.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Khamis 4.30 Petang): Bacaan data terbaru diharapkan menunjukkan sedikit peningkatan setelah merudum ke paras terburuk pada April lalu berikutan pelaksanaan perintah berkurung di UK.

Data Tuntutan Pengangguran A.S (Khamis 8.30 Malam): Kadar tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat semakin menunjukkan penurunan dari minggu ke minggu. Namun, kadar terbaru hampir 3 juta masih menunjukkan pasaran buruh yang terjejas.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan A.S (Khamis 10.00 Malam): Walaupun bacaan data terbaru dijangka meningkat, namun angka masih lagi di paras yang rendah menunjukkan sektor utama tersebut di fasa penguncupan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Zon Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Pada bacaan April lalu, keseluruhan data PMI di zon Eropah menunjukkan penguncupan yang ketara dengan angka yang sangat rendah. Jika bacaan kali ini kekal menyusut, matawang Euro akan terus bergerak lemah dalam pasaran.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat