Acala Network Lancarkan Produk Padu Selepas Berlabuh Di Polkadot!

373

Selepas bersiaran di mainnet Polkadot pada minggu ini, Acala Network mengumumkan projek yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Beberapa produk Acala yang bakal menembusi pasaran termasuklah:

  • Bursa desentralisasi (DEX), Acala Swap
  • Pembaharuan terhadap Ethereuam Virtual Machine (EVM+)
  • Stablecoin desentralisasi, aUSD dan LDOT

Selari dengan pelancarannya, Acala Network juga telah merasmikan infrastruktur penghubung yang menskalakan ekosistem serba rantai (multi-chain) yang melangkaui rangkaian Polkadot dan fungsi staking Acala.

Setakat ini, terdapat 15 ekosistem berminat untuk berlabuh di Acala Network.

Salah satunya Tapio and Taiga – sebuah protokol aset sintetik yang menawarkan penukaran stabil terhadap beberapa aset seperti DOT/LDOT, aUSD/USDT, dan interBTC/RenBTC,

Rincian Acala Network

  • Memenangi lelongan parachain Polkadot bagi sesi pertama melalui pelaburan DOT bernilai lebih $1.3 bilion yang disumbangkan oleh sekitar 81,000 pendukung seluruh dunia.
  • Pelancaran lengkap rangkaian ini akan dilaksanakan secara berfasa:
    • Fasa pertama
      • Membolehkan pengguna mengirim dan menerima ACA.
      • Menyertai pentadbiran urus projek.
    • Acala telah melancarkan lebih $600 juta Liquid Crowdload DOT (LCDOT) dalam jumlah nilai terkunci (TVL).
    • Memiliki lebih 200,000 pemilik token unik seluruh dunia.
    • Memiliki sokongan daripada beberapa pelabur besar dunia:
      • Coinbase Ventures
      • Arrington
      • Polychain
      • Pantera
      • DCG
      • ParaFi
      • CoinFund
      • Goldentree
      • TQ

Menurut ketua perkembangan (CGO) Acala, Dan Reecer: “Rangkaian ini dibina bersandarkan pada visi HyFi (kewangan hibrid) yang menghubungkan dunia fintech Web2 dan neobanks (bank digital) dengan kehadiran DeFi tanpa keperluan MetaMack atau private keys (kunci peribadi).”

Ketika penulisan, token natifnya – ACA didagangkan pada $1.56 (RM6.55), susut hampir 7% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat