Ada Apa-Apa Yang Berlaku? 400 Juta XRP Sedang Rancak Didagangkan!

581

Mata wang kripto Ripple, XRP telah berjaya mengekalkan momentum menaik sepanjang minggu lalu. XRP telah meningkatkan sentimen positif dalam pasaran kripto. Antara dorongan terbersar terhadap perkara tersebut ialah pergerakan kelompok ‘whale’ yang ternyata menjadi salah satu sebab utama di sebalik lonjakan harga XRP baru-baru ini.

WhaleAlert melaporkan bahawa kelompok Whale memindahkan lebih daripada 400 token XRP (lebih kurang bernilai $154 juta) dalam berbilang transaksi sepanjang 24 jam yang lalu. Satu-satunya transaksi terbesar yang direkodkan ialah memindahkan 262.3 juta token XRP (Anggaran bernilai $97 juta).

Data menggambarkan bahawa Whales mengumpul 86.8 juta token XRP (lebih kurang bernilai $32 juta) dalam pelbagai transaksi. Walau bagaimanapun, seekor Whale memperoleh 45.8 juta token XRP bernilai $17.1 juta dalam satu transaksi dari Bitso, pertukaran kripto.

Langkah ini telah menyebabkan harga XRP melonjak sebanyak 3% dalam tempoh 24 jam yang lalu. XRP didagangkan pada harga purata $0.3749. Dalam masa yang sama, jumlah dagangan 24 jam XRP berjumlah sekitar $1.08 bilion denga jumlah modal pasaran melebihi $18 bilion.

Seperti yang telah sedia maklum, XRP masih lagi dibayangi oleh cabaran undang-undang daripada SEC.

Sementara itu, beberapa kelompok Whale juga memindahkan berjuta-juta XRP dari dompet mereka ke bursa kripto untuk dijual. Berdasarkan data, 68 juta token XRP (lebih kurang bernilai $25 juta) telah dialihkan oleh satu kelompok Whale. Transaksi terbesar yang direkodkan ialah perpindahan XRP bernilai $13.9 juta ke Bitstamp, sebuah bursa pertukaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat