Ada Apa Dengan NZD Sampai Meroket Tinggi Hari Ini?

804

Dolar New Zealand meningkat lebih tinggi dengan mencapai paras tertinggi dalam satu setengah tahun pada pembukaan sesi Eropah berikutan kenyataan positif menteri kewangan New Zealand mengenai ekonomi negara itu.

Menteri Kewangan, Grant Robertson memberitahu bahawa New Zealand meramalkan terdapat pemulihan ekonomi yang kuat dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada September.

Negara itu sebelum ini dilaporkan berdepan kemelesetan ekonomi terburuk sejak tahun 1987 setelah data Keluaran Dlaam Negara kasar (KDNK) yang diterbitkan menunjukkan penguncupan ketara dengan jatuh sebanyak 12.2% antara April dan Jun.

Menurut Robertson, data tersebut sememangnya sudah dijangkakan memandangkan pada ketika itu, New Zealand telah menguatkuasakan penutupan ketat di seluruh negara. Tambah beliau lagi, aktiviti ekonomi meningkat semula pada bulan Julai dan Ogos ketika perniagaan dibuka semula dan rakyat juga kembali bekerja.

Susulan kenyataan tersebut, pasaran mula positif menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada minggu depan, sekali gus mendorong dolar kiwi untuk meningkat lebih tinggi.

Sentimen positif turut menyokong dagangan dolar New Zealand berikutan perkembangan meyakinkan mengenai vaksin Covid-19, di mana Pfizer mengatakan keputusan ujian terakhir vaksin akan diketahui menjelang akhir Oktober.

Dalam pada itu, dolar greenback terus diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama pada 92.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat