Ada Berita Baik Dari Ukraine-Rusia, Euro Terus Kukuh!

613

Pengukuhan euro berterusan sehingga ke sesi dagangan Rabu, menyaksikan mata wang itu didagangkan di paras tertinggi dua minggu di tengah harapan yang meningkat terhadap rundingan damai Rusia dan Ukraine.

Euro sebelum ini telah jatuh lebih parah disebabkan kebimbangan terhadap kesan sekatan terhadap Rusia kepada ekonomi Zon Eropah yang sangat bergantung pada import minyak dari Moscow.

Rusia telah berjanji untuk mengurangkan operasi ketenteraaannya di sekitar Kiev sementara Ukraine mencadangkan penggunaan status neutral sebagai tanda kemajuan dalam rundingan secara langsung di Istanbul.

Sentimen semasa mengenai dasar monetari turut menyokong euro, lebih-lebih lagi selepas penggubal dasar Bank Pusat Eropah, Bostjan Vasle memberitahu bahawa kenaikan kadar faedah pada tahun ini boleh dilaksanakan.

Meskipun isyarat yang diberikan dilihat kurang jelas ke arah tindakan ECB pada masa akan datang, tetapi ia sedikit sebanyak memberi sokongan kepada euro yang meningkat.

Dalam pada itu, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan kiwi turut mendapat manfaat daripada perkembangan positif antara Ukraine-Rusia, memperlihatkan kedua-dua mata wang itu kembali kukuh selepas penyusutan pada sesi sebelumnya.

Walaupun begitu, perkhabaran positif tersebut gagal merangsang kenaikan mata wang pound yang telah sebelum ini telah dikecewakan oleh kenyataan Gabenor Bank Pusat England, Andrew Bailey yang memberi petunjuk untuk memperlahankan pengetatan dasarnya.

Sementara itu, indeks dolar kekal didagangkan suram pada sekitar harga 98.27 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat