Ada Modal Besar Trade Forex Baru Boleh Berjaya, Betul Ke? Baca Sini

11,589

Modal. Ramai selalu yang gagal dalam trading memberikan alasan tentang modal. Kononnya modal tak cukup besar menyebabkan beliau gagal mengawal margin trading dan menyebabkan akaun trading beliau selalu Stop Out.

Alasan yang diberikan biasanya, jika modal besar, barulah senang nak trading. Ambil hanya beberapa percent sahaja sehari. Kalau floating pun tak goyang, sebab free margin masih tinggi menggunung. Sambil santai-santai tepi pantai pun boleh trade dengan hati yang tenang.

Akhirnya selepas beberapa lama kerja, berusaha mengumpul modal besar, sehingga berkilo-kilo USD, mereka pun terus deposit, dan excited untuk mulakan “hidup baru” dengan trading akaun besar.

Sehari, akaun tersebut bertahan. Untung hanya sekitar 1%-2%. Angka modal yang ditengok besar. Jadi mulalah episod tidak sabar. Masuk position agak besar nilai lot, selepas itu floating. Akaun tersebut dibiarkan floating, kerana merasakan tak apa floating, sebab free margin masih banyak. Akaun besar lah katakan.

Hari demi hari, floating masih tak clear-clear. Akibat tidak sabar, mereka pun layer dan terus melayer. (Layer adalah masuk trading secara martingale, iaitu position yang sama masuk open order berulang kali, dengan berharap market berpatah balik dan memihak kepada mereka)

Makin lama market masih tidak menyebelahi mereka. Akibat daripada teknik “melayer”, free margin makin lama makin sedikit.

Anda pernah dengar tak, ada trader yang sering memberikan alasan modal tak besar dan sebagainya, kononnya sebab itulah trading mereka kecundang. Selalu SO. Tetapi akhirnya apabila ada modal besar pun, akaun tersebut lingkup hanya dalam masa kurang seminggu. Jadi apa alasan lagi yang nak diberi?

Paling memburukkan keadaan, mereka ini ramai yang mempengaruhi orang lain untuk sumbang modal. Kononnya beliau akan jadi trader berjaya kalau ada modal besar. Habis harta family digadai, duit rakan dipinjam, atau pool duit orang ramai yang terdiri dari family dan rakan sekerja.

Last sekali masih juga stop out. Masih juga gagal dalam trading. Kenapa? Apa lagi yang kurang?

Pada masa itu mereka baru sedar, rupanya yang paling penting adalah ilmu.

Ilmu dan modal kena seiring.

Jadi stop beri alasan anda tak berjaya trading sebab modal kecil. Sedangkan modal kecil pun anda tak dapat kawal emosi yang sekaligus menyebabkan anda langgar Money Management anda. Ada hati nak trade modal besar. Sama sahaja nanti.

Modal yang kecil memang diakui, susah untuk kembangkan, tapi sekurang-kurangnya jika anda dapat konsisten dengan modal yang kecil, bermaksud ilmu di dada sudah mantap! Jadi bila anda ada modal sederhana besar pun ada cara untuk anda kembangkan modal.

Perkara yang ditulis di sini adalah dari banyak aduan kisah sebenar yang INTRADAY terima dari email pembaca.

Pesan saya bagi yang sudah lama trading, jika anda masih “berjudi nasib” dan “beralasan”, mungkin bidang ini tidak sesuai untuk anda jika anda masih tidak mahu berubah.

Pada yang baru, pesanan saya jangan terpengaruh dengan memberikan duit anda untuk “pool account” dan sebagainya. Lebih banyak masalah nanti. Ramai scammer yang hanya menanti nak “gamble” dengan duit anda.

Jika anda nak trade forex, sila belajar betul-betul. Fahami perjalanan sebenar menjadi seorang forex trader. Ambil masa belajar. Saya dah banyak laluinya dan banyak belajar dari kesilapan ramai orang. Kami kaji bertahun-tahun untuk berjaya pada masa sekarang. Ilmu dan praktikal adalah perkara paling penting untuk berjaya dalam bidang ini.

Buku MULA TRADE FOREX bakal membantu anda memulakan langkah dalam bidang forex trading tanpa membuang banyak duit dan masa. Klik sini untuk info lebih lanjut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat