Adakah Akan Wujud ‘Kluster Trump’ Pula?

301

Penasihat tertinggi kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu Hope Hicks didapati positif Covid-19 dan mengalami simptom virus berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh sumber yang tidak didedahkan identitinya semalam.

Hicks sering kali menemani Trump dan beberapa pegawai kanan dalam setiap lawatan rasmi selain mengikuti Trump ke debat Presiden pada Selasa lalu dan kempen pilihan raya di Minnesota pada Rabu lalu. Hicks dilaporkan tidak memakai pelitup muka ketika debat Presiden.

Trump sendiri mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan beliau serta isterinya telah menjalani ujian saringan dan sedang menunggu keputusan ujian.

“Beliau diuji positif. Beliau seorang yang bekerja keras, sering memakai pelitup muka namun didapati positif. Saya baru sahaja menjalani ujian, kita lihat nanti bagaimana. Sama ada kami perlu dikuarantin atau tidak, masih belum diketahui,” kata Trump sewaktu ditemuramah oleh pengacara Fox News, Sean Hannity semalam.

Trump dikritik hebat ekoran responsnya terhadap pandemik Covid-19, yang kini telah mengorbankan lebih 200,000 orang di AS sahaja.

Beliau dan kakitangannya sering dilihat tidak memakai pelitup muka dan Trump memperlekehkan mereka yang memakai pelitup muka.

Pakar kesihatan menyatakan pemakaian pelitup muka adalah salah satu langkah penting untuk membantu mencegah penyebaran virus.

Pentadbiran White House dilaporkan tidak membuat pemeriksaan suhu untuk sesiapa sahaja yang memasuki perkarangan bangunan itu sejak beberapa bulan lalu.

Selain Hicks, penasihat keselamatan nasional AS, Robert O’Brien; setiausaha akhbar kepada Naib Presiden, Mike Pence iaitu Katie Miller dan teman wanita kepada Donald Trump Jr, Kim Gulfoyle turut didapati positif sebelum ini..

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat