Adakah ‘Bull Run’ Kripto Sudah Hampir Bermula?

1,163

“Mula atau tidak, korang jangan lupa DCA juga kalau harga kripto korang beli tu makin turun.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang menembusi $66,000 telah menyebabkan Fantom (FTM) dan Near Protocol (NEAR) turut mendaki 20% yang membawa makna fasa consolidation sudah berakhir kemudian permulaan aliran menaik bakal bermula.

Susulan harga BTC sedang memulih, para pelabur perlu berhati-hati antara julat $67,937 dan $70,024 yang sangat sukar diatasi tetapi jika berjaya dilepasi maka aset digital tersebut mampu mencapai ke paras tertinggi sepanjang masa baharu.

Menerusi pemerhatian, Jito (JTO), Fetch.AI (FET), Fantom (FTM), Sei (SEI) dan banyak altcoin lain telah pun mencatatkan keuntungan lebih daripada 20% dalam kurang daripada 30 jam sahaja.

Pun begitu, sikap berwaspada daripada pelabur harus dititikberatkan susulan pergerakan pullback mungkin berlaku, jadi di sini dapat dilihat BTC boleh menjadi kunci untuk pembeli altcoin membeli aset digital itu lebih banyak.

Terdapat beberapa sektor yang boleh meneruskan tinjauan kenaikan harganya, antaranya adalah kripto Artificial Intelligence (AI) seperti Render (RNDR), Fetch.AI (FET), Arkham (ARKM), Worldcoin (WLD) dan lain-lain.

Selain itu, token Real-World Asset juga mempunyai potensi kenaikan ketara ditambah pula BlackRock sudah memasuki ke ruang aset token, oleh itu Ondo (ONDO), Pendle (PENDLE), Polymesh (POLYX), Centrifuge (CFG) mungkin adalah pilihan baik untuk harganya canak.

Memecoin dogwifhat (WIF), Book of Memes (BOME), Myro (MYRO), Wen (WEN) dan sebagainya adalah token yang raih populariti meluas dalam masa singkat tetapi Pepe Coin (PEPE) serta Floki Inu (FLOKI) boleh capai keuntungan lebih besar.

Akhir sekali adalah altcoin blue-cip seperti Avalanche (AVAX), Fantom (FTM) dan token DeFi lain yang mempunyai potensi besar susulan ramai pelabur berpandangan kenaikan harga untuk pasaran kripto telah bermula sekarang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat